in

Beli Petai Guna Duit Palsu di Pantai Klebang, Buruh Dipenjara Tiga Tahun

Petai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar bahagian kanan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.


Setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada akibat dan hukuman yang dikenakan.

Seperti kisah seorang buruh dari Melaka ini yang dijatuhkan hukuman penjara selepas membeli petai menggunakan wang kertas palsu.

P 1
gambar hiasan

Pada 15 April lalu kira-kira jam 2.15 petang, M.S.M Krisnan membeli empat ikat petai di Pasar Batang Tiga, Pantai Klebang pada harga RM28. Krisnan kemudian menghulurkan wang kertas RM100 kepada pekerja kedai sayur itu.

Pemilik kedai tersebut kemudian membuat aduan mengenai hal berkenaan dan 17 April lalu pemuda berusia 30 tahun itu berjaya ditangkap dan dihadapkan di mahkamah. Krisnan didakwa menggunakan wang kertas dengan nombor siri AF1811083 meskipun menyedari wang itu palsu.

Justeru itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

India
sumber: harian metro

Pada 2 Mei lalu, Krisnan yang juga seorang buruh mengaku bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dan dilihat menangis serta merayu hukuman ringan dikenakan kepadanya. Tau pun menyesal…

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Krisnan bermula dari tarikh ditangkap iaitu 17 April.

Pelik juga dengan orang takde rasa takut bila nak buat sesuatu yang memang dah tau salah… Bila dah kena macam ni baru nak menyesal, nak merayu…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.