in

Beberapa Individu Kantoi Guna Pas Kerja Untuk Balik Kampung

Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan sedikit kelonggaran untuk mereka yang bekerja tidak memerlukan keizinan PDRM, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar ada mendedahkan beberapa individu ambil kesempatan gunakan pas tersebut untuk rentas negeri.


Mereka hanya gunakan pas pekerja dan surat majikan dengan harapan dapat melepasi sekatan jalan raya (SJR) bagaimanapun taktik itu gagal mengaburi pihak berkuasa, malah setakat ini sebanyak 1,333 kenderaan telah diarahkan berpatah balik. lapor Kosmo!

Perkara itu dikesan selepas pemeriksaan secara terperinci dilakukan ke atas dokumen yang dikemukakan ketika melalui sekatan jalan raya.”

Roadblock Malaysia

Abd Rahim berkata, pihak polis memeriksa satu persatu kenderaan kerana ada cubaan individu tertentu untuk melepasi SJR dengan pelbagai taktik.

Misalnya, tiada dokumen perjalanan tetap dan beberapa borang yang tidak diisi dengan tepat.

“Ada beberapa individu yang cuba menggunakan pas kerja atau surat majikan untuk merentas negeri sedangkan tujuannya adalah pulang ke kampung dengan harapan pihak polis boleh membenarkan mereka merentas negeri,” katanya.

Jelasnya, sebanyak 361 SJR dibuka seluruh negara bagi memantau keluar masuk kenderaan merentas negeri dengan membabitkan 6,579 anggota yang bertugas.

 

Baca : 2 Warga Asing Cuba ‘Kencing’ Polis Tunjuk Surat Rentas Negeri Photostat, Dibeli Harga RM200

Negeri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.