in

2 Warga Asing Cuba ‘Kencing’ Polis Tunjuk Surat Rentas Negeri Photostat, Dibeli Harga RM200

Ft Borangpalsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua warga asing ditahan dalam percubaan merentas negeri dengan menunjukkan borang palsu kepada polis. Kejadian itu berlaku petang semalam ketika bas ekspres yang mereka naiki ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Tol Bentong menghala Kuantan.



Menurut MalaysiaGazette, hasil siasatan mendapati kedua-dua mereka telah membeli borang rentas negeri palsu terbabit pada harga RM100. Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata borang tersebut telah dicetak semula dan digunakan untuk cuba mengaburi pihak berkuasa.

Sjr1

Hasil pemeriksaan mendapati dokumen warga asing berusia 24 dan 27 tahun itu meragukan dan mengesyaki ianya telah dipalsukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Hasil siasatan awal pihak polis dapati dokumen tersebut di fotokopi dan digunakan semula. Setelah dihubungi oleh pihak polis kepada balai polis yang mengeluarkan borang rentas negeri tersebut dapati tiada borang rentas negeri tersebut dikeluarkan.”

Hasil temubual dengan kedua saspek telah memperolehi borang tersebut daripada seorang rakannya bernama ‘Mezan’ dengan bayaran RM200 sehelai.”

Siasatan lanjut juga keatas kedua saspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah (pasport).”

Borang1

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 kanun yang sama yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dengan sebat selain dikenakan denda.

Kata Zaiham lagi, kes turut disiasat di bawah Sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dengan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Baca: Lelaki ‘Kantoi Busuk’ Menyamar Jadi Polis Pangkat ACP Masuk Balai Untuk Mohon Permit Rentas Negeri

Acp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.