Admin tak pastilah sama ada mata dan hidung admin yang pelik ataupun sebenarnya orang lain merasakan hal yang sama.
Semalam, fenomena jerebu nampaknya makin memburuk sehingga cuaca terlihat kuning dan kelabu. Malah bau asap pun menusuk kuat di hidung. Tapi yang peliknya bila periksa IPU di laman rasmi Jabatan Meteorologi, ia masih di bawah 200. Hmm…
“Stesen IPU milik Jabatan Meteorologi Malaysia rosakkah?” – Netizen
Well nampaknya bukan admin seorang saja alami perkara ni bila netizen di Twitter pun cakap benda yang sama!
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen meluahkan rasa peliknya terhadap tahap kebersihan udara di Malaysia yang makin memburuk tapi indeks pencemaran udara pulak menunjukkan hal yang lain. Rosak ke stesen IPU JMM tu?
“Permandangan terhad, bangunan2 tinggi aku tak nampak pun area shah alam ni… Macam mana ipu cecah kurang dari 150???”
Posting dari netizen ni mendapat sokongan netizen lain yang cakap mereka rasa bacaan IPU ni seperti tak logik pulak sebab ia nampak lagi teruk dari minggu lepas.
Dalam pada tu, ada pulak di kalangan netizen yang menggunakan website luar negara untuk periksa bacaan IPU di Malaysia. Agak mengejutkan bila diperiksa, bacaan tu double dari bacaan sekarang. Ehhh?
Korang boleh rujuk website tersebut di sini.
Rupanya ini sebab bacaan IPU Malaysia berbeza… bukan sebab rosak!
Menurut penjelasan seorang netizen di Twitter, perkiraan IPU di website rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia dikira menggunakan purata 24 jam. Jadi IPU akan rendah sikit dan lambat untuk naik. Korang bacalah explanation sepenuhnya di bawah ni.
Apa-apapun admin harap korang kat luar sana tu janganlah cepat panik dan sentiasa menjaga kesihatan kalau berada di luar. Kalau rasa cuaca macam tak sihat sangat, stay indoors okay? Kalau kena keluar juga, pastikan pakai mask. Take care!