in

Bapa Baby Syifaa Positif Dadah Ketika Ditahan Kes Seleweng Yuran Guaman

bapa baby syifaa positif dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam media melaporkan bapa kepada seorang bayi yang meninggal dunia di pusat asuhan pada 2022 dikenali sebagai Baby Syifaa ditahan polis pada petang Selasa susulan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Terbaharu, lelaki itu yang juga aktivis memperjuangkan kes-kes penganiayaan turut didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.


Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang menjadi mangsa berhubung penipuan berkaitan kutipan bagi bayaran guaman pada tahun lalu.

Artikel berkaitan: Bapa ‘Baby Syifaa’ Ditahan Polis, Didakwa Terlibat Kes Tipu Yuran Guaman

Artikel berkaitan: Bayi Meninggal Di Pusat Asuhan, Bapa Kata Anak Tak Pernah Tidur Dalam Buaian Sebelum Ni

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa berurusan dengan suspek yang mengaku sebagai orang tengah dalam urusan guaman.

“Bayaran dibuat kepada suspek namun kesemua mangsa merasa tertipu selepas mendapati wang itu digunakan untuk kegunaan peribadi.

“Sehubungan itu, tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan jumlah kerugian adalah lebih kurang RM146,087,” katanya.

GSIWTQnacAAPCJGGSIWTQkbUAAQ7kX

Kata beliau, polis kemudian menyerbu sebuah unit kediaman di Wangsa Maju dan menahan suspek berusia 41 tahun serta merampas dua telefon bimbit.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine.

“Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Sekadar info, pada 23 Februari media melaporkan Baby Syifaa ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan dekat Sendayan, di sini, kira-kira jam 3 petang.

Kejadian berlaku selepas mangsa dikatakan ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik oleh pengasuhnya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.