“Banyak kenangan suka duka” – Hospital Bersalin Kuala Lumpur Tutup Operasi Selepas 56 Tahun, Netizen Kongsi Pengalaman Bersalin di Hospital ‘Legend’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau bercakap bab bersalin ni, rasanya para ibu dan bapa mesti ada kenangan suka duka di hospital tempat anak mereka dilahirkan. Lebih ‘legend’ lagi kalau korang telah dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur (HBKL) yang telah beroperasi selama 56 tahun lamanya.

Namun tiada apa yang kekal selamanya. Pada 16 September 2019 lalu, HBKL telah menamatkan operasinya pada warga Kuala Lumpur dan Malaysia. Macam tak percaya pulak kan… 

Sumber: Facebook

Berikut perkongsian Sobri Tayab, staf HBKL di Facebook mengenai hospital ‘legend’ ini.

 

“Ada yang nenek, ibu dan dia dilahirkan di Hospital Bersalin. Hospital Bersalin telah melahirkan ramai Pakar Sakit Puan, Matron, Sister dan Jururawat Terlatih…”

Menurut perkongsian Sobri, dia bersama warga staf HBKL ingin memohon ampun dan maaf kepada warga Kuala Lumpur yang telah menerima rawatan perkhidmatan di hospital tersebut selama 56 tahun.

Hospital ini menurutnya telah melahirkan banyak doktor serta jururawat terlatih malah ada juga hampir 3 keturunan keluarga dilahirkan di sini. Wahhh hebat! Min pun dilahirkan di HBKL tauuu! 

Sumber: Facebook

 

“Pilihan di hati… Dari anak pertama 2009 hingga anak keempat 2018. 4 orang anak setia dengan hospital ni” 

Menerusi posting ini, rata-rata netizen mengimbau kembali kenangan melahirkan anak mereka di hospital tersebut. Lebih menarik lagi, ada yang melahirkan sehingga 7 orang anak di hospital ini dan sangat merindui kenangan semasa dirawat di sana.

Jasa doktor dan jururawat HBKL akan sentiasa dikenang!

Sumber: Facebook

Hospital Bersalin Kuala Lumpur telah dinaik taraf kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WACH) yang dibuka secara berperingkat untuk penempatan pesakit.

Korang ada pengalaman bersalin bersalin atau dilahirkan di sini? Share dengan kami di bahagian komen! 

Baca: “Apa salah hospital kerajaan?” – Dr. Say Shazril Pertahan Hospital Kerajaan, Bidas Tanggapan Buruk Orang Ramai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!