“Apa salah hospital kerajaan?” – Dr. Say Shazril Pertahan Hospital Kerajaan, Bidas Tanggapan Buruk Orang Ramai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kita seringkali disuapkan dengan tanggapan bahawa hospital kerajaan adalah tidak sebagus hospital swasta.

Baik dari segi kepakaran dan kelengkapan yang ada, layanan petugas perubatan dan sebagainya.

Sebenarnya tidak semua begitu, dan ia terpulang kepada kehendak dan pendapat setiap individu itu.

Ada orang, mungkin dia ada pengalaman buruk di masa lalu dengan hospital kerajaan, dan tidak suka masa menunggu yang terlalu lama — lalu dia lebih memilih untuk mendapatkan apa-apa rawatan di hospital swasta.

Ada orang lain pula, dia yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan hospital kerajaan — dan lebih memilih untuk mendapatkan khidmat di situ ditambah juga dengan faktor kemampuannya dari sudut kewangan.

Vice versa.

Mengulas mengenai tanggapan buruk orang ramai ini, Dr. Say Shazril turut menerima tempias pertanyaan seumpama itu daripada orang ramai apabila beliau menghantar anaknya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Dalam satu muatnaik yang dikongsi melalui laman Facebooknya semalam, Dr. Say berkata anaknya dimasukkan ke wad sejak Selasa kerana mengalami jangkitan virus di paru-paru.

Maka ramailah yang bertanya ‘kenapa tak dibawa ke hospital swasta?”

Pertanyaan itu kemudian mendorong beliau memuatnaik sedikit penjelasan mengenai tindakannya itu.

Perkongsiannya itu turut mengundang pelbagai maklum balas dari pengguna media sosial lain, yang rata-ratanya berkongsi mengenai kebaikan dan kelebihan mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan.

Apapun, rasanya isu ini tidak perlulah dijadikan modal untuk kita saling bertekak untuk mempertahankan preference masing-masing.

Semuanya tepuk dada tanya selera.

Yang penting, kemudahan penjagaan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik kerana kerajaan sendiri turut memperuntukkan dana yang besar dalam bidang kesihatan — demi kebaikan dan kesejahteraan rakyatnya.

 

Baca: Ada Masalah Kulit? Jumpa Pakar Kulit Hospital Kerajaan Bayar RM5 Je!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.