in

“Baginda boleh memasyhurkan apa-apa ordinan” – Guna Aset Hospital Swasta & Beri Kuasa Kepada ATM, PM Perjelas Lebih Lanjut Mengenai Darurat

Ydpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mengisytiharkan proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan selepas diperdengarkan cadangan daripada Kabinet, semalam.


Menerusi Pengumuman Khas Darurat yang disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, beliau menjelaskan lebih lanjut mengenai bentuk darurat yang berkuat kuasa di negara ini.

937912

Menurutnya, darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong ini bukanlah satu jenis rampasan kuasa tentera dan tiada tempoh berkurung ditetapkan.

Malah tambahnya lagi, jika Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang perlu baginya mengambil tindakan serta merta, maka baginda boleh memasyhurkan apa-apa ordinan yang perlu mengikut hal keadaan semasa. 

B1Aa59Cde87B2Bd83272Cb2588693Ce2

Muhyiddin juga menjelaskan, beberapa ordinan darurat yang boleh dimasyhurkan Seri Paduka Baginda bagi tujuan membendung wabak COVID 19 adalah seperti:

Hospital Swasta 

  1. Hal-hal berkaitan penggunaan aset hospital swasta, pemilikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan untuk penggunaan sumber hospital swasta bagi tujuan merawat pesakit COVID 19.
  2. Kerajaan juga boleh mendapatkan penglibatan yang lebih inklusif daripada pihak swasta termasuk kemudahan penjagaan kesihatan swasta bagi membantu meringankan beban yang ditanggung agensi kerajaan terutamanya hospital awam.
  3. Bantuan yang boleh diperolehi daripada pihak swasta meliputi sumber manusia, kepakaran, fasiliti, aset, makmal ujian dan utiliti.

Penguatkuasaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

  1. Ordinan boleh dimasyhurkan untuk peruntukkan kuasa penguatkuasaan kepada ATM selain kuasa yang sedia ada mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada PDRM dibawah Kanun Tatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang penguatkuasaan lain yang berkaitan.
  2. ATM diperuntukkan kuasa untuk bantu laksanakan fungsi-fungsi berhubung dengan kesihatan awam dan apa-apa yang berkaitan pandemik ini.
  3. Beri kuasa kepada ATM untuk tangkap PATI atau sesiapa saja yang menceroboh sempadan negara.

Menurut Muhyiddin lagi, penalti dan hukuman yang lebih berat juga boleh dikenakan jika melanggari mengikut ordinan-ordinan yang ditetapkan baginda. Antara ordinan lain yang disebut ialah berkaitan monopoli, sabotaj ekonomi dan kenaikan harga barang juga boleh ditetapkan Yang di-Pertuan Agong.

Pengumuman Khas Darurat

Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Monday, January 11, 2021

Semua ordinan yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda akan diwartakan untuk pengetahuan rakyat.

Marilah kita doakan yang terbaik buat negara ini. 

Baca: [TERKINI] Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tentera – PM

Pm 2

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Nestia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.