in

[TERKINI] Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tentera – PM

Pm 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam Pengumuman Khas Darurat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan bahawa darurat yang dimaksudkan itu bukan lah rampasan kuasa tentera, tetapi kerajaan awam akan terus berfungsi.



Ia berikutan dengan kenyataan rasmi Istana Negara pagi tadi berhubung dengan perkenan YDP Agong untuk laksana darurat sehingga 1 Ogos 2021.

Katanya lagi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan proklamasi darurat itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan selepas diperdengarkan cadangan daripada Kabinet, semalam.

Menurutnya, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan yang akan berbincang dan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya darurat dapat ditamatkan lebih awal

Beliau juga menyeru agar rakyat kekal tenang dan memberikan kepercayaan kepada kerajaan untuk terus percaya dengan kerajaan dalam membendung pandemik Covid-19.

 

Baca : [TERKINI] YDP Agong Perkenan Laksana Darurat Hingga 1 Ogos 2021!

Darurat

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.