in

“Bagi Mengelakkan Penipuan”- Staff Jabatan Agama Islam Dalam Negeri Respon Perlian Lelaki Ini

Zakat1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral baru-baru ni tentang satu tweet yang dimuat naik oleh netizen di Twitter tentang isu bantuan Baitu Mal dan kes khalwat yang cepat je diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam.

Capture 20181021 091523
Sumber: Twitter

Isu khalwat sekejap je nak serbu, isu dhaif ambil masa


Tweet ni betul-betul mendapat perhatian netizen di Twitter dan mendapat retweet mencecah 19K. Ramai netizen yang marah dan mengatakan isu khalwat ni sekejap je nak serbu. kalau isu dhaif ni ambil masa sebab kena agih bantuan betul-betul dan kena audit semua duit tu. Hmm… Logik juga!

Capture 20181021 110157
Sumber: Twitter

Capture 20181021 110600
Sumber: Twitter

Jawapan dari pekerja Jabatan Agama Islam Negeri 

Jadi terpalit dengan isu ni, seorang pekerja dari Jabatan Agama Islam Negeri memuat naik statusnya di Facebook bagi menjawab isu yang diperkatakan ni. Katanya dalam status Facebook berkenaan bantuan kecemasan yang sememangnya tak memerlukan borang. Manakala bantuan lain seperti bantuan pendidikan, modal perniagaan , muallaf, kesihatan (sakit), faqir miskin dan lain-lain yang sememangnya perlu melalui proses tapisan bagi mengelakkan penipuan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Yela bukan saja-saja je nak bagi duit ni kan…

Capture 20181021 091302
Sumber: Facebook

Bukan niat nak tunding jari mana-mana pihak

Namun, apa yang hendak disampaikan oleh netizen tersebut mungkin sedikit berbeza dan bukan niat untuk menunding jari atau menyalahkan mana-mana pihak. Katanya tweet yang dimuat naik tu adalah secara umum berkenaan dengan sikap masyarakat terhadap isu khalwat dan kemiskinan. Sebab tu la dia tak kaitkan mana-mana nama jabatan atau agensi.

Capture 20181021 093939
Sumber: Twitter

Haa… Tu la kadang-kadang benda yang kita tak maksudkan pun boleh jadi fitnah. Lagi-lagi bila dah ada pihak lain yang masuk campur. Bahaya sampai boleh jadi fitnah ni la yang kita nak elakkan!

Baca: Henti Memfitnah! Tun M Tak Jatuh Tersungkur Tapi…

Tun M Jatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.