in

“Ingatkan terjatuh, rupanya mati dibunuh” – Bapa Bunuh Anak Kandung Lepas Mangsa Minta Duit

Fw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ketua keluarga, seorang bapa seharusnya memberikan kasih sayang dan menyempurnakan tanggungjawab. Ibu bapa juga perlu bersabar dalam mendidik anak-anak.


Namun, berbeza pula ceritanya dengan seorang remaja berusia 13 tahun di Indonesia.

Pada mulanya, pelajar sekolah, Delis Sulistina dilaporkan hilang selama beberapa hari sebelum mayatnya ditemui di dalam sebuah pembentung air berdekatan sekolahnya. Kesian mak dia weh.

Longkang

 

Orang ramai juga sebelum ini menyangka bahawa dia telah dibunuh oleh kawan-kawan yang pernah membuli mangsa sebelum ini. Ini kerana dia pernah menceritakan bahawa dia selalu diejek dengan bau lontong sebab ibunya, Wati Fatmawati merupakan seorang penjual lontong.

Namun, rahsia terbongkar apabila pihak polis mendapati bahawa ayah kandung Delis merupakan dalang pembunuhan terbabit. Kenapalah ada ayah yang berhati kejam macam ni? 

Rupanya, mangsa telah berjumpa dengan ayahnya di sebuah restoran tempat bapanya bekerja pada 23 Januari yang lalu untuk meminta duit sebanyak 400 ribu Rupiah sebagai yuran lawatan sambil belajar ke Bandung.

Polis 1

Tapi, disebabkan kekurangan duit, ayah mangsa hanya memberikan 300 ribu Rupiah. Remaja terbabit tidak mahu menerima jumlah tersebut dan masih lagi meminta duit yang selebihnya.

Bapa mangsa, Budi Rahmat, 45 tahun telah membunuh anak kandungnya dengan mencekik mangsa di sebuah rumah kosong sehingga mati setelah mereka dilaporkan bertengkar.

Selepas itu, Budi telah meletakkan mayat mangsa di dalam pembentung air berhampiran sekolah mangsa untuk mengaburkan mata pihak polis bahawa Delis mati disebabkan kemalangan akibat terjatuh.

Lebih malang lagi, tiada saksi yang sempat melihat kejadian itu akibat hujan lebat pada waktu kejadian.

Ibu mangsa yang berusia 46 tahun percaya bahawa anak perempuannya itu mati dibunuh namun tidak menyangka bahawa bekas suaminya itu sanggup untuk membunuh anak sendiri.

Wati

Jauhkanlah perkara macam ni dari keluarga kita semua.

Baca: “Serabut la dengar dia melalak” – Bapa Kandung Bunuh Anak Sendiri Lepas Tak Tahan Dengar Dia Menangis Tak Henti 

Melalak

 

Sumber: Kompas.com
Sumber: Sosok.id

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.