Pejam celik, kita dah tinggal berapa hari saja lagi nak menyambut bulan Ramadan. Mesti ada juga yang dah semangat buat persediaan dan siap buka lagu raya jugakan?
Macam kisah yang nak dikongsi kali ini, seorang pemuda boleh dikata kreatif apabila mengajar bahasa Arab dengan menggunakan lagu raya yang kita senandungkan.
Ajar nama-nama binatang
Baru-baru ini tular menerusi aplikasi TikTok yang dimuat naik seorang pemuda yang mengajarkan nama-nama binatang didalam bahasa Arab. Tapi apa yang menarik perhatian adalah, dia menggunakan irama lagu berjudul Senandung Hari Raya Untukmu sebagai melodi.
Tau tak lagu mana satu? Korang cuba cari
Sebagai tambahan, videonya itu telah dimuatnaik kelmarin dan telah peroleh sebanyak lebih daripada 5 juta tontonan di TikTok.
@sirsyazwan #belajarbahasaarab #arabsirsyazwan #tiktokguru #gurubahasa #learnontiktok
Dalam video tersebut, kita nampak dia mengajarkan beberapa nama haiwan di dalam bahasa Arab. Tapi yang menariknya, dia siap describe sikit tentang haiwan-haiwan tersebut dengan cara yang menghiburkan.
“Kenapa rasa macam raya dalam zoo”
Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pendekatan yang dilakukan pemuda ini. Ada juga yang bergurau mengatakan kacau mood raya mereka bila dengar.
Korang mana yang ada anak, adik, kakak, abang, siapa-siapa pun boleh belajar sekali okay