in

“Pernah keluar mall bawa guni” – Gigih Pemuda Pergi Merata Eco Shop Nak Hias Belakang Rumah Jadi Lebih ‘Privacy’

Fi Pemuda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam situasi pandemik ni, banyak situasi yang menggalakkan kita untuk work from home sama ada yang bekerja waima yang tengah belajar sekalipun.


Sambil tu, mesti ada juga aktiviti-aktiviti yang korang semua selalu buat bagi mengisi masa sendiri ataupun dengan seisi keluarga.

Tular di media sosial baru-baru ini tentang seorang pemuda yang berniat untuk decorate bahagian belakang rumahnya sendiri sambil ditemani ‘Si bulus’ untuk mendapatkan ruangan yang lebih privasi.

Misi dan hasrat anak muda itu telah dikongsikan di aplikasi Tiktoknya dan mendapat reaksi positif daripada netizen kerana tindakannya yang disifatkan berani dan sangat jarang kita lihat.

Pemuda yang dikenali Muhajir Zakaria dan menetap di Simpang Pulai, Perak berkata, perkara ini bermula apabila dia ingin membeli kepingan daun tiruan untuk dihias pada ruang belakang rumahnya.

Dek kerana mahu melakukannya dengan pantas, dia lagi mahu untuk pergi mencari ke kedai daripada membelinya secara online. 

“Saya perlukan sejumlah 110 keping daun tiruan untuk diletakkan pada kerangka kayu yang kemudian dipasangkan di sebalik pagar dawai.

“Saya mahukan momen privasi untuk keluarga melakukan sebarang aktiviti di belakang rumah. Jadi dawai pagar tu perlu ditutup dengan daun tiruan untuk kelihatan hijau dan cantik.”

 

Rata-rata tak sabar nak tengok hasil

X Sabar 1 Edit

X Sabar 2 Edit

X Sabar 3 Edited

Dia mengunjungi kedai pertama yang berdekatan dengan rumah, tapi di situ hanya ada 50 keping daun tiruan dan dinasihatkan oleh pihak kedai untuk pergi ke cawangan lain.

“Saya perlukan 110 keping. Jadi pihak kedai mencadangkan saya untuk pergi ke cawangan lain di Batu Gajah. Setibanya di sana, saya cuma dapat 24 keping.

“Bagi mencukupkan bilangan dikehendaki, saya perlu ke cawangan seterusnya yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Ipoh,”

Usahanya untuk mencari kepingan daun tiruan itu berhasil apabila berjaya mencukupkan bilangan dimahukan di kedai ketiga.

Pemuda itu ditawarkan oleh pekerja kedai untuk mengisi sejumlah kepingan daun tiruan tu didalam kotak besar untuk dibawa pulang, tapi dia menolak dan mahukan ia diletakkan di dalam karung guni sahaja.

Dia berkata bahawa aksi bersahajanya itu mendapat perhatian daripada orang di dalam mall itu.

“Mula-mula malu juga sebab saya pakai baju biasa dan berselipar saja. Mungkin ada ingat saya pengemis tapi saya tebalkan muka saja pedulikan apa orang kata.

Minatnya yang begitu mendalam untuk mendekorasi rumahnya itu telah mengatasi perasaan malu yang dia lalui kerana dia juga ada bukti resit pembelian.

Tambahnya, postingnya di Tiktok itu bukan sahaja untuk berkongsi minat, tapi sarat dengan mesej dakwah dan juga untuk motivasi kepada kita.

“Seperti video saya gigih cari barang di tiga kedai dengan jumlah perjalanan lebih 32 kilometer, saya nak sampaikan kalau kita hendak lakukan sesuatu, kena buat bersungguh-sungguh.

“Biar gigih tapi kita sendiri puas hati. Duit boleh dicari, tapi kepuasan hati tidak dapat diganti. Dekorasi buat sendiri dapat jimat duit banyak.

“Yang penting sekarang ni saya dan keluarga dah ada pagar baru! Lebih privasi dan lebih cantik dengan hiasan tambahan pasu-pasu bunga. Tak sia-sia saya angkut guni tebal muka kat mall.”

 

Hasil dia..

@timsupermuhajir

Pagar baru❤️Hasil bawak guni dalam Mall! #decoration #diy #dekorasikamar #landscape #dekorasi #tiktokguru

♬ original sound – Muhajir Zakaria – Muhajir Zakaria

Hasil

 

Boleh jadi tempat OOTD

Reaksi 1 Edit

Reaksi 2 Edit

Reaksi 3 Edit

Fuhh memang mantul! Min memang respect gila. Pembakar  semangat untuk kita supanya jangan mudah mengalah gais!

Baca : Gigih Naik Bas Dari Perak Ke Melaka Nak Beli Kereta Baru, Sekali Pengantin Baru ;Hangus; RM9K Kena Scam

Foot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.