Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ada mengeluarkan amaran bahawa sebuah asteroid gergasi bakal menuju ke arah Bumi pada jarak dekat pada minggu ini.
Terbaharu, asteroid yang dikenali sebagai 2008 TZ3 itu dilaporkan akan melewati Bumi pada sekitar jam 2.37 petang ini. Data ini dikeluarkan oleh Pusat Kajian Objek Dekat Bumi NASA (CNEOS).
Batu angkasa gergasi itu secara rutin akan melintasi di sekitar Bumi pada setiap 732 hari semasa mengelilingi Matahari.
Menurut sumber, asteroid bernama 2008 TZ3 itu berukuran kira-kira 490 meter lebar dan berdiameter antara 0.216 hingga 0.490 kilometer. Saiznya dianggarkan sebesar dua padang bola.
Menurut saintis, jarak paling dekat asteroid itu dengan Bumi adalah 5,740,000 kilometer. Bagaimanapun, saintis telah mengklasifikasikan asteroid ini sebagai berpotensi bahaya kerana saiznya yang besar dan boleh membawa bencana yang dahsyat jika terkena bumi.
Sumber: Harian Metro
BACA: Asteroid Dengan Saiz Tiga Kali Ganda Patung Liberty Bakal Lintasi Bumi Dalam Masa Terdekat