in

“Asalnya telanjang ni dah tutup sikit” – Netizen Bengang Sharifah Sakinah Permainkan Teguran Individu Tentang Aurat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lama pulak kita tak dengar cerita mengenai pelakon drama Girlfriend Dari Neraka, Sharifah Sakinah yang terkenal sebagai seorang yang versatil dan gila-gila sikapnya.


Baru-baru ni, Sakinah katanya telah menerima kritikan hebat daripada netizen lepas memuat naik gambarnya menggayakan fesyen berkemban di Instagram

View this post on Instagram

BABE BABE Ampang

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

View this post on Instagram

Keep it healthy 🍊

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

 

“Kalau ya pun tak boleh pakai tudung at least jangan pakai macam telanjang” 

Antara komen yang paling menusuk di kalbu Sakinah sehingga dia memuat naik ke posting Instagram ialah DM dari salah seorang followersnya yang meminta Sakinah untuk jangan pakai baju seperti bertelanjang. 

Tapi agak mengejutkan bila Sakinah memberi jawapan balas yang agak… PANAS! 

https://www.instagram.com/p/B1v8dGDhV6x/

Dah berubah sikit sikit. Asalnya telanjang ni dah tutup sikit dengan skirt and singlet. Ada progress kan,” kata Sakinah.

Amboi sis! Mulut tu… 

 

“Takpe nanti dengan Allah pun cakap macam tu tau” 

Disebabkan jawapan balas Sakinah begitu, ramai di kalangan netizen merasakan pelakon itu mempermainkan isu aurat dan agama. Ye lah kan, kalau ye pun masih tak menutup aurat janganlah dibalas begitu.

Malah netizen juga mempertikai tindakan Sakinah yang menayang DM tersebut ke public walhal DM itu bersifat teguran peribadi. Dulu marah orang tegur terang-terangan tapi bila orang tegur di DM, dimalukan pula.

Sumber: Instagram

 

“Aiyooo kakak… orang tu tegur private kot” 

Sumber: Twitter

Hmm apa pendapat korang? Bagi min, kita doakan yang terbaik ajelah. 

Baca: “Jahanamnya aku sendiri kena explain” – Ending Drama Bersiri Voice Note Terlalu Mindf*ck, Sharifah Sakinah Pening Kena Tolong Jelaskan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.