in

Ari Lasso Batal Niat Melangsungkan Perkahwinan Di Isr*el Kerana Perang

Ft Ari Lasso

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Ari Lasso dan kekasihnya, Dearly Djoshua berkongsi kepada umum mengenai pernikahan mereka. Pasangan yang mula mengumumkan hubungan percintaan mereka pada Mac 2025 ini merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini di Israel.

Bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan berikutan dengan peperangan yang terjadi di kawasan itu. Katanya, dia mahu pernikahannya menjadi lebih ‘berkat’ di tempat yang ‘suci’.


Artikel berkaitan: Seram! Ari Lasso Kongsi Cerita Pernah Buat Konsert Depan Ribuan Jin & Makhluk Halus

Artikel berkaitan: “Pas aku nyanyi ini, aku takut lihat Unge” – Judika Menyesal Nyanyi Lagu Baru Depan BCL

Oleh sebab itu, Ari Lasso yang menganut agama Kristian dan Dearly Djoshua memilih Israel sebagai destinasi perkahwinan meraka.

Screenshot 2026 06 30 175940

Saat ditanya kenapa tidak mahu melangsungkan perkahwinan di gereja Indonesia, Ari Lasso menjelaskan bahawa dia mahukan majlis perkahwinan itu dibuat secara tertutup yang hanya dihadiri oleh anak-anak mereka.

Screenshot 2026 06 30 180109

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mereka telah putus hubungan pada awal Disember 2025 sebelum kembali bersatu semula dan mendedahkan hubungan cinta mereka secara umum.

Sumber : IDN Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.