in

Arahan ‘Work From Home’: Majikan Tidak Boleh Potong Gaji, Paksa Pekerja Ambil Cuti Tahunan

Wfh 2020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkuatkuasa hari ini, semua pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan zon merah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah diarahkan bekerja di rumah (work from home).


Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan arahan ini berkuatkuasa sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.

Pun begitu, Kementerian Sumber Manusia menerusi akaun Twitter hari ini mengingatkan bahawa majikan tidak boleh menggunakan alasan work from home sebagai satu cara untuk memotong gaji pekerja dan lain-lain.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia (KSM), ditegaskan bahawa bayaran gaji kepada pekerja hendaklah seperti biasa dan majikan juga tidak boleh memaksa pekerja untuk menggunakan Cuti Tahunan (AL) ataupun mengambil Cuti Tanpa Gaji. 

Perkara ini juga selaras dengan kenyataan dikeluarkan KSM ketika PKP yang pertama pada Mac lalu.

“Namun majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa jua tindakan serta keputusan yang diambil demi kepentingan bersama,” jelas KSM lagi.

Siapa yang tengah WFH tu komen sikit situasi korang sekarang… 

Baca: PKPB: Penduduk Kawasan Zon Merah Harus Kerja Di Rumah Bermula 22 Oktober Ini

Wfh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.