Sebiji anggur menjadi punca seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia selepas 10 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka.
Menurut Berita Harian, pada awalnya kanak-kanak tersebut menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas tercekik ketika memakan anggur di rumahnya, Taman Merbok. Doktor di hospital itu telah berjaya mengeluarkan buah tersebut.
Artikel berkaitan: Gadis Mati Tercekik Pearl Boba Tea, Lepas Sedut Air Terlampau Kuat Hingga Masuk Saluran Pernafasan
Artikel berkaitan: “Roti sebabkan kegagalan organ” – Budak 2 Tahun Meninggal Dunia Lepas Tercekik Roti Di Rumah Pengasuh
Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata selepas anggur tersebut berjaya dikeluarkan keadaan kanak-kanak itu tidak stabil sehingga memerlukan alat bantuan pernafasan dan dipindahkan ke Hospital Melaka pada jam 8.18 malam, 31 Ogos 2023.

Malangnya, selepas dirawat selama 10 hari di hospital berkenaan, Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka.
Punca kematian adalah disebabkan Hypoxic-Ischemic Encephalopathy (HIE) secondary to choking.
Sumber: Berita Harian