Personaliti TikTok dan usahawan, Abiejam menyifatkan penghijrahan pelakon Zila Bakarin selepas berhijab itu tidak membawa sebarang makna jika keperibadiannya tidak diubah.
Ia berlaku selepas satu komen yang diberikan oleh Zila Bakarin di Threads dalam hantaran yang dimuat naik oleh Abiejam sendiri dan komen tersebut membuatkan Abiejam naik angin.
Artikel berkaitan : Abiejam Dakwa Anggota RELA Bagi ‘Layanan Hina’ Terhadapnya Gara-gara…
Artikel berkaitan : Isu Hutang: Abang Siti Jamumall Dakwa Belum Tahu Azar Azmi Dapat Wang Sebelum Buat Tuntutan
Tak bodoh, bijak pun tidak – Zila Bakarin
Pada 26 September lepas, Abiejam ada membuat satu perkongsian di Threads menunjukkan dia menghabiskan sebanyak RM12,000 untuk membelikan kanak-kanak permainan squishy dan bertanyakan pendapat kepada netizen jika apa yang dilakukan itu satu tindakan bodoh atau tidak.

Terpanggil dengan persoalan tersebut, Zila Bakarin tampil memberikan pandangannya terhadap Abiejam menerusi ruangan komen.

Bengang dengan jawapan yang diberikan oleh Zila Bakarin, Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin tampil membalas semula komen pelakon itu menerusi satu hantaran di TikTok.
@abiejam Mak saya dulu minat akak… Sekarang saya paksa mak saya benci akak… Maaf cakap akak dah hilang satu peminat[sticker]😡 @zilabakarinofficial
Menurut Abiejam, tindakan Zila memberikan komen tersebut seolah-olah memberi ruang kepada netizen untuk mengutuknya. Katanya, tujuan dia membuat perkara tersebut adalah untuk memberikan sokongan buat para peniaga.
“Ramai ibu-ibu di luar sana yang sebenarnya tak mampu pun nak belikan anak dia squishy, sebab itu lah saya shopping saya bagi, jadi akak tak puas hati dengan apa yang saya bagi ni kenapa?”
Oleh itu, Abiejam turut menegur Zila Bakarin tentang keperibadiannya yang harus diselaraskan dengan imejnya.
“Tolong lah kak, akak tu dah bertudung bertutup tiup, sebelum ini akak pernah cakap, saya pernah dengan statement akak, akak cakap kalau orang tu nak berubah, kita tak boleh paksa, biar orang tu berubah sendiri, alhamdulillah.”
“Tapi berubah tutup kepala je tak cukup kak, akak kena jaga mulut juga kak, banyak sangat komen negatif ni kak, minta maaf sangat, saya yang macam ni pun boleh bantu orang, boleh bagi anak-anak happy, akak dengaki dengan saya ke kak? Sekian terima kasih.”
Sumber : TikTok
