Gadis Mati Tercekik Pearl Boba Tea, Lepas Sedut Air Terlampau Kuat Hingga Masuk Saluran Pernafasan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Admin yakin korang semua masih demam boba tea kan? 

Tapi admin nak beri peringatan sikit ni bagi korang yang kerap minum boba tea tu. Baru-baru ni, seorang gadis di China mati gara-gara tercekik pearl boba tea. Haaa serius lah!

Gambar hiasan

 

Gadis tiba-tiba tak boleh bernafas sampai tangan jadi hitam

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang gadis berumur 19 tahun telah membeli minuman boba tea dengan abangnya pada 30 Jun lepas ketika mereka dalam perjalanan ke rumah rakan.

Macam manapun, sebaik dorang sampai di rumah rakan, budak perempuan tadi secara tiba-tiba mengalami masalah pernafasan sehingga tangannya tiba-tiba berubah jadi hitam sebab kekurangan banyak oksigen.

Gadis tersebut kemudian jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital. Setibanya di sana, doktor cuba membuat CPR dengan harapan dia dapat diselamatkan. Tapi malangnya, dia meninggal dunia. Aduhai…

 

Sedut 3 biji pearl jadi punca sesak nafas

Menurut laporan, gadis tersebut memang nampak struggle lah untuk sedut beberapa pearl sekaligus dari boba tea itu. Secara tiba-tiba, 3 biji pearl tersedut masuk ke dalam bahagian trakeanya hingga menyebabkan saluran pernafasan tersekat dan gadis tersebut tercekik. 

Malah tambah See Hua Daily, sebiji pearl pun dah cukup untuk block saluran pernafasan korang dan boleh sebabkan kematian tau.

Gambar hiasan

Bagi orang tua dan kanak-kanak yang meminum boba tea ni, admin nasihatkan mereka meminum menggunakan cawan daripada straw sebab ia akan dapat kurangkan potensi untuk tercekik. 

Hati-hati masa nak sedut pearl tu… korang jangan sedut banyak pearl sangat. One at a time okay! 

Baca: “Jangan buat makanan jadi jijik boleh tak?!” – Sebab Trend Boba Tea, Ada Yang Buat Nasi & Maggi Goreng Boba

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!