“Roti sebabkan kegagalan organ” – Budak 2 Tahun Meninggal Dunia Lepas Tercekik Roti Di Rumah Pengasuh

Malang memang tak berbau, kadang-kadang benda yang selalu budak-budak makan pun boleh membahayakan. Yelah, kita yang dah besar ni pun kadang-kadang makan sampai tercekik kan…

Menurut NST, seorang budak perempuan tiba-tiba tak sedarkan diri lepas tercekik cebisan roti di rumah pengasuhnya di Selayang pada 1 Julai lalu.

Budak perempuan ini kemudian dikejarkan ke Hospital Selayang pada pukul 10 pagi pada hari yang sama dengan harapan untuk menyelamatkannya.

Malangnya, budak perempuan ini meninggal empat hari selepas terlantar di Hospital Selayang.

Ketua polis Gombak, ACP Samsor Maarof berkata, menurut staf perubatan di hospital tersebut, mereka menemui cebisan roti ketika dalam proses menyelamatkan budak ini.

“Dia disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi hari Khamis lalu.”

Samsor juga berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan budak ini meninggal akibat dari “hypoxic-ischaemic encephalopathy” (HIC).

HIC boleh berlaku jika mangsa tak mendapat oksigen dan darah yang cukup ke otak serta boleh menyebabkan beberapa organ gagal berfungsi.

Kes malang ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak.

 

Baca: “Menggelupur sebelum mulut berbuih” – Cikgu Ingatkan Sawan, Rupanya Kanak-kanak Tercekik ‘Fishball’ Di Tadika Sampai Maut

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson