in

Anak Shiera Ijoy Dapat Pujian, Selamba Lukis Watak Pemain Squid Game Atas Karpet Je

Page Shiera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih lagi dalam demam Squid Game tapi bukan cerita tentang pelakon siri tersebut. Kali ini tumpuan dialihkan sekejap kepada anak perempuan pelakon Shiera Ijoy, Airra yang menyerlahkan bakat lukisannya hanya di karpet biliknya!


Hasil lukisan itu dikongsikan oleh Shiera sendiri menerusi IGTV @shieraijoy, yang merakam dengan senyap-senyap. Lukisan yang dikongsikan itu merupakan lukisan pemain bernombor 067 atau Kang Sae Byeok lakonan Jung Ho Yeon.

Lukisan itu dilihatkan susuk tubuh watak pemain bernombor 067 itu dengan nombor ‘067’ di sebelahnya. Hasil seni itu dilihatkan seakan watak anime kerana bentuk mukanya yang simetri.

067 Latest

Ternyata, lukisan milik anak Shiera itu mendapat komen yang positif dari para selebriti tanah air seperti Afdlin Shauki, Lan Solo, Sharifah Zarina dan ramai lagi. Rata-rata mengiyakan bakat anak Shiera yang dilihatkan selamba sahaja lukis di atas karpet.

Komen Shiera Latest

Dalam IGTV itu juga, Shiera sempat untuk bergurau dengan melukis ‘orang lidi’ untuk menunjukkan beza bakat lukisan anaknya dengan diri sendiri.

Suami Shiera, Ijoy juga kelihatan begitu teruja dan bangga sehingga berkali-kali mencium pipi anaknya kerana tahu minat anaknya yang begitu mendalam dalam bidang lukisan.

Hmmm, min nak cuba lah lukis kat karpet rumah min, mana tau boleh lukis pemain nombor 456 pula.

Baca: “Menjadi weh karakter Sae Byeok ni!” – Hanya Hantar Video Lakonan, Model Jung Ho Yeon Terus Dipilih

4 Okt Sae Byeok

 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.