in

Amir Millson: Dulu Bachelor Of The Year Majalah Cleo, Kini Tak Sangka Sanggup Mati Berjihad Demi ISIS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Girls kat luar sana yang suka beli majalah Cleo tu mesti perasan akan wajah jejaka kacak, cute dan baby face ini. Amir Millson boleh dikatakan sebagai seorang lelaki yang perfect lah bagi kebanyakan gadis di Malaysia.


Sumber: Blog

Tapi korang mesti takkan sangka kehidupan seseorang yang perfect macam ni boleh berubah 360 darjah! Lebih mengejutkan, dia bukan berubah sikit-sikit tapi sampai melibatkan diri dengan kumpulan militan ISIS! Oh my…

Ini kami ceritakan tragedi kehidupan Amir Millson yang mengejutkan ramai pihak…

 

Bapa mat saleh, emak orang Malaysia – Amirrudin Hud Rashid Millson si kacak yang menangi Most Eligible Bachelor of the Year!

Sumber: Daily Mail

Sekilas pandang gambar-gambar lama Amir di majalah, admin boleh katakan lelaki yang dilahirkan di Perth, Australia ini ada segalanya. Bapanya seorang mat saleh, manakala ibunya pula orang Malaysia. Padanlah wajah mix Amir ni bukan calang-calang rupanya. Disebabkan itu, dia telah terpilih sebagai Most Eligible Bachelor 2010 oleh majalah Cleo.

Menurut Herald Sun, Amir menuntut dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Curtin sebelum pulang ke Malaysia dan memenangi gelaran ‘Eligible Bachelor’ tersebut. Pada usia 27 tahun, Amir boleh dikatakan sukses dengan karier part-time modelnya dan menjadi pengacara TV.

Sumber: Blog

 

Ada impian nak jadi Perdana Menteri dan berkahwin tapi semuanya berubah lepas…

Menurut Daily Mail, dalam satu interview bersama Cleo, Amir pernah mengatakan yang dia berimpian mahu menjadi Perdana Menteri dan suka dengan pasangan selebriti Miranda Kerr dan Orlando Bloom yang ‘cool’.

Malah dalam video castingnya dengan Cleo, Amir nampak seperti seorang yang pandai bergaya dan chill saja orangnya.

Tak lama lepas itu, Amir dikatakan berkahwin dengan gadis dari Malaysia dan mempunyai seorang anak lelaki. Namun pandangannya tentang dunia tiba-tiba berubah dengan drastik pada tahun 2014, menurut Cleo.

Sumber: Daily Mail

Pada tahun 2015, Millson yang mana pasportnya sudah dibatalkan telah upload sebuah gambar yang menampilkan dirinya sebagai pasukan jihad di Syria. Sejak dari tu, dia menghilangkan diri.

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

 

“Kami dapat tahu yang dia dah meninggal dunia” – Kawan

Seorang kawan Millson mengesahkan kepada Herald Sun yang sahabatnya itu sudah pun meninggal dunia.

“Kami dengar dia dah meninggal dunia. Dia tengah membawa seorang pejuang di bahunya masa dia terpijak periuk api. Itulah yang berlaku,” kata rakan Millson.

Sumber: Daily Mail

Pada September lepas, Australian Security Intelligence Organization mengesahkan Millson telah meninggal dunia semasa melawan ISIL. Kemungkinan besar periuk api itu juga telah dipasang oleh kumpulan IS sendiri.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada terbunuh atas tangan kumpulan sendiri masih digelar syahid atau tidak. Apapun kesnya, ia sesuatu yang menyedihkan apabila kita kehilangan seorang rakyat Australia yang berbakat dan disukai ramai,” kata seorang profesor di Australian National University.

Sumber: Blog

Menurut rakan mangsa, Amir Millson merupakan seorang sahabat yang peramah, terbuka dan berani. Sebelum pergi ke luar negara, Millson telah menceraikan isterinya terlebih dahulu.

Sehingga kini, kerajaan Australia masih belum dapat pengesahan akan kematian Millson dan di mana dia meninggal dunia kerana Syria berada dalam destinasi ‘do not travel’ list.

Apa-apapun marilah kita doakan yang terbaik buat mangsa dan semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini. 

Baca: Dirogol 9 Lelaki, ‘Maid Malang’ Ini Akhirnya Dihukum Pancung di Arab Saudi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.