in

Dirogol 9 Lelaki, ‘Maid Malang’ Ini Akhirnya Dihukum Pancung di Arab Saudi

Tursilawati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin tak ramai yang tahu mengenai kisah sedih ini. Tapi di negara jiran kita, nama Tuti Tursilawati antara yang disebut-sebut kerana kes hukuman pancungnya di Arab Saudi yang dianggap tidak adil dan zalim.

sumber: twitter

Tuti yang bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi ini telah didakwa dengan pembunuhan majikannya pada 2010, tapi riwayat hidup ‘maid malang’ ni berakhir pada Isnin (29 Oktober) lepas apabila dijatuhkan hukuman mati tanpa pengetahuan kerajaan Indonesia sendiri, lapor Kompas.


Di mana silap Tuti? Ini kronologi kisah kematian pembantu rumah, Tuti Tursilawati.

 

Minta izin untuk bekerja di luar negera, tapi semuanya tak seindah disangkakan

Seperti warga Indonesia yang lain, mencari kerja di negara lain tu dah jadi culture bagi mereka untuk mencari rezeki buat keluarga di tanah air. Menurut Kitabisa, kehidupan Tuti di Arab Saudi bermula apabila dia mengikuti ibunya ke Thaif, Arab Saudi untuk bekerja sebagai maid kepada majikan bernama Naif Al-Utaibi.

Tuti Tursilawati 20181031 113259
Tuti bersama ibunya | sumber: tribunnews

Di sana tugasnya ialah untuk menjaga bapa kepada Naif yang dikatakan uzur, Suud Mulhaq Al-Utaibi. Namun setelah bekerja di sana selama 8 bulan, hanya 2 bulan saja dia mendapat gaji. Manakala 8 bulan lagi, gajinya tidak dibayar.

Bukan sahaja itu, Tuti juga mengaku dia sering mendapat gangguan seksual daripada majikannya. Akibat stress dan ingin ‘menyelamatkan diri’, Tuti dikatakan telah membunuh bapa majikannya itu. Aduhai! 

 

Bawa lari wang dan barang kemas majikan, kemudian kena rogol dengan 9 lelaki! 

Ya, memang benar Tuti ada buat salah dan dia juga bukanlah sebaik yang kita sangkakan. Semasa ingin melarikan diri ke Mekah, Tuti membawa lari barang kemas dan wang majikannya. Namun dalam perjalanan ke sana, dia telah didatangi seorang lelaki yang kononnya nak bantu bawa dia ke Mekah.

111011Ctuti Tki
sumber: liputan6

Lelaki tersebut rupa-rupanya ada ‘plan lain’ dan membawa Tuti ke sebuah rumah kosong. Lelaki tu kemudian memanggil 8 orang rakannya dan mereka telah merogol Tuti berkali-kali di sana! Ya Tuhan… Macam tak ada apa-apa yang berlaku, keesokannya lelaki tersebut bawa Tuti ke Mekah dan menghantarnya dekat dengan Masjidil Haram. Manakala barang-barang yang dicurinya dirampas.

 

Tuti ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati

Sehari selepas kejadian tu, Tuti ditangkap pihak berkuasa Arab Saudi. Dia mengaku telah membunuh bapa majikannya dengan cara memukul dengan sebatang kayu dan mengikat kaki dan tangan lelaki tersebut kerana tak tahan sering mendapat gangguan seksual dan kekerasan.

Malah dia juga mengaku membunuh kerana ingin menyelamatkan diri sendiri.

Pun begitu, Arab Saudi memutuskan hukuman mati pada Tuti kerana saat dia memukul majikannya sehingga mati, dia tidak perkosa – dan ini membuatkan dia didakwa telah merancang pembunuhan ini.

296730 Condenasmuertearabia Saudi
sumber: blog

 

Rakyat marah, Tuti dihukum bunuh tanpa pengetahuan kerajaan Indonesia

Daripada kes pembunuhan, isu ni berubah kepada hubungan antara dua negara. Pada 29 Oktober lepas, Tuti telah menerima hukumannya tanpa Arab Saudi memberitahu perkara tersebut kepada kerajaan Indonesia dan keluarganya.

Menurut Tribunnews, keluarga Tuti juga masih dalam keadaan terkejut kerana pada kali terakhir mereka bervideo call, Tuti langsung tak cakap pasal hukuman bunuh yang bakal dihadapinya. Tuti juga kata yang dia sihat di sana dan tiada apa yang perlu dibimbangkan terhadapnya.

Ibunda Tuti Tursilawati Bicara Tentang Rencana Ziarah Ke Arab Saudi Faw
Ibu tuti ditenangkan | sumber: blog

Isu hukuman bunuh terhadap ‘maid’ Indonesia ni boleh dikatakan agak serius lah sebab ada 13 lagi kes yang sama sedang menanti hukuman bunuh di Arab Saudi. Sehubungan dengan tu, pihak NGO Migrant CARE meminta kerajaan Indonesia tamatkan deal dengan Arab Saudi dalam supply pekerja asing ke sana lagi.

“Presiden Jokowi mesti batalkan agreement antara Indonesia dan Arab Saudi kerana mereka tak ikut perjanjian dalam melindungi pekerja asing,” kata NGO terbabit.

Apa-apapun diharapkan penindasan terhadap pekerja asing ni tak berlaku lagi, tak kiralah sama ada kat Arab Saudi dan di Malaysia sendiri. Setiap manusia berhak diperlakukan dengan baik walaupun mereka hanya bekerja sebagai amah di rumah kita. 

Baca: Amah Minta Bantuan Polis Johor Sebab Didera Majikan, Tapi Kena Rogol Pula

Amah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.