in

“Allahuakhbar… siapa punya kerja ni?” – Guru Terkejut Arnab di Kebun Tadika Dijumpai Mati Dengan Telinga Dipotong!

Cian Arnab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa salah si arnab? Baru-baru ini, seorang guru telah berkongsi kisah menyedihkan yang menimpa beberapa ekor arnab dan ayam serama peliharaannya di sebuah tadika.


Menerusi perkongsiannya di Facebook, Eykin Kassim terkejut apabila dia bersama beberapa orang guru yang memeriksa kebun kecil di tadika tersebut terlihat kandang yang mengurung haiwan terbabit telah dipecahkan dan kesemua haiwan peliharaan itu ditemui mati. Allah… 

 

“Apa perasaan korang bila pagi-pagi datang tengok arnab dan ayam serama yang hari-hari jadi mainan budak-budak tabika jadi macam ni??” 

Berikut apa yang dikongsikan guru tersebut. Sedih betul tengok keadaan arnab-arnab yang bergelimpangan atas tanah ?

“Ya Allah.. sayunya hati… Dalam kesibukan aku menguruksan anak-anak potensi. Diduga pula begini.

“Apa perasaan korang bila pagi-pagi datang tabika tengok arnab dan ayam serama yang hari-hari mainan budak-budak tabika jadi macam ni??

“Allahuakhbar… siapakah punya kerja sebegini… apa yang aku boleh cakap inilah perbuatan manusia berhati binatang. Haiwan yang tak ada dosa jadi mangsa.”

66282230 2842063972502164 3084211681635598336 N

66451243 2842064035835491 6597945600681967616 N

67089693 2842064122502149 1355359814531678208 N
sumber: facebook

Posted by Eykin Kassim on Wednesday, July 10, 2019

 

“Yang seekor hilang entah ke mana, tinggal telinga ja terpotong” 

Lebih menyedihkan daripada banyak-banyak ekor arnab yang ditemui, ada seekor yang dipotong telinganya. Duhhh, kenapa kejam sangat! Arnab tu tak buat salah pun… 

“Ya Allah engkau berikanlah petunjuk pada kami si pelaku ini… Yang seekor dah hilang entah kemana tinggal telinga ja terpotong. 

“Sekalipun ada salah kami, bawa bertanya dan bincang. Janganlah lepaskan marah pada haiwan yang tak berdosa.” 

66685475 2842064192502142 3562361311138414592 N
sumber: facebook

 

Bukan anjing yang buat, pagar kandang telah ditutup dan dikunci 

Posting yang viral ini kemudian telah mendapat perhatian ramai netizen yang sedih akan apa yang menimpa arnab peliharaan tersebut.

Anjing
sumber: facebook

Pun begitu, seorang netizen sempat membuat konklusi mengatakan kemungkinan besar arnab-arnab terbabit telah diserang anjing liar.

Eykin kemudian dalam posting yang lain pantas menyangkal dakwaan netizen terbabit dan memberitahu yang anjing bukanlah ‘suspek’ dalam kejadian ini kerana kandang terbabit sebelum ini telah ditutup dan berkunci pada waktu petang.

66414213 2842717635770131 3125964192591380480 N
sumber: facebook

Jadi agak tak logiklah kalau anjing pandai mengumpil grill dan gunting tepi pagar pulak untuk masuk ke dalam kandang yang berketinggian 175 cm tu kan?

66331038 2842717432436818 1487323354716176384 N

66757212 2842717705770124 5114542958401552384 N
sumber: facebook

Apa-apapun Eykin sudah membuat laporan polis berkaitan kes ini dan kini mereka sedang menunggu siasatan lanjut daripada pihak berwajib.

Pdrm
sumber: facebook

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka. 

Baca: “Mana satu binatang ni? si*l betul!” – Video 3 Pemuda Kejam Dera Monyet Sambil Bergelak Sakan

Monyet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.