Pemergian chef selebriti, Adam Didam pada bulan lepas memang meninggalkan kesan yang mendalam pada anak saudaranya, Fatimah London yang juga terkenal di media sosial dengan laman The Family UK.
Fatimah yang dikatakan paling rapat dengan Adam dan sering memanggilnya dengan panggilan Mamajee itu masih bersedih dan sehingga kini, Fatimah yang berusia 5 tahun berharap dia dapat bertemu dengan pakciknya walaupun dalam tempoh seminit!
“Tolong beritahu Allah hantar Mamajee balik untuk 1 minit je. Saya hanya perlukan 1 minit dan akan hantar dia semula kepada Allah”
Menerusi tweet thefamily.uk, keluarganya berkongsi kisah sedih Fatimah yang dikatakan masih tak boleh terima kenyataan akan kepergiaan Adam. Minggu lepas, Fatimah hanya pergi sekolah dua hari je.
Malah dia juga minta keluarganya untuk call Auntie Love (Neelofa) supaya sampaikan doanya kepada Allah untuk kembalikan Adam buat 1 minit saja. Betapa rindunya Fatimah pada Adam ye! Sebak min baca…
Last week, Fatimah managed to go to school for only 2 days. She had another breakdown last Wednesday. She said, "Please call Auntie Love…I need her to help tell Allah to send back Mamajee for 1 minute. All I need is 1 minute. Just 1 minute & I will return him back to Allah." 💔 pic.twitter.com/mdaIEiTJ7Z
— thefamily.uk (@thefamilydotuk) June 19, 2019
“Fatimah gadis yang kuat, kita akan laluinya bersama, InsyaAllah”
Tweet tersebut mendapat respon Neelofa yang kemudian membalas di account Twitternya akan rasa sebak melihat keadaan Fatimah yang masih bersedih itu. Dia berpesan kepada Fatimah supaya terus mengingati Adam dalam doanya.
Oh Fatimah, my heart breaks with you 💔. Mamajee is in a better place insyaAllah, always keep him in your prayers okay? You’re a strong girl, we all will get through this together, insyaAllah. ❤️ https://t.co/bHkYfOsZ8b
— Neelofa (@Neelofa) June 19, 2019
“Dia belajar kesedihan dalam usia yang muda. Fatimah akan membesar jadi seorang gadis yang kuat”
Rata-rata netizen yang membaca tweet ini sangat bersimpati dengan keadaan gadis tersebut dan berharap Fatimah tabah dalam melalui dugaan ini. Kalau kita yang tua pun sedih bila kehilangan orang tersayang, bayangkanlah keadaan anak kecil ni. Mesti lagi perit kan?
Marilah kita sedekahkan Al Fatihah buat Adam dan doakan semoga Fatimah kembali ceria seperti sediakala. Amin…