Setelah menerima pelbagai tohmahan dan kecaman kerana berpakaian tak senonoh, Nur Sajat kini dengarnya kian mendekatkan diri dengan agama. Dalam satu posting Instagram yang dimuat naik Datuk Aliff Syukri, Nur Sajat yang terkenal dengan tagline ‘fuhh cantik’ ni menghadiri kelas mengaji dan tazkirah yang diadakan di surau rumah Aliff Syukri.
https://www.instagram.com/p/BldGZElgDGG/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris
Manissss Sajat bertudung biru!
Dalam posting tersebut, Datuk Aliff meminta orang ramai hentikanlah mengecam Sajat yang sedang mencari ilmu sebab manalah tahu satu masa nanti orang seperti ni jauh lebih baik daripada kita di masa hadapan. Kalau niat baik kata Datuk Aliff, Insya-Allah Allah akan permudahkan usaha mencari ilmu. Betul jugak kata Datuk Aliff tu!
“Impian buat surau di rumah akhirnya banyak kegunaan, sebab kami nak belajar mengaji sebab kami tak pandai, tapi cari ilmu itu lebih penting kan sebab niat yang baik Insya-Allah Allah permudahkan.”
“Jangan kita hina orang yang cari ilmu ya sebab suatu masa Insya-Allah dia lebih baik dari kita semua. Amal kita Allah yang berhak nilai,” tulis Datuk Aliff.
Posting yang jugak dikongsikan Sajat di laman Instagram menunjukkan Ustaz Shukri Zikir dari Masjid Negara sedang mengajarkan sebutan ayat-ayat di dalam al-Quran. Di samping itu, Abang Terlajak Laris ni jugak mengajak peminat-peminatnya join kelas mengaji dan takzirah di surau rumahnya.
Perkongsian ni rata-rata mendapat pelbagai komen daripada netizen yang kebanyakannya mengecam sebab keliru dengan identiti Sajat yang disangka lelaki tetapi berpakaian tudung litup macam perempuan pulak.
Namun mujurlah ada di kalangan netizen yang berfikiran positif dan berharap Sajat perlahan-lahan berubah dengan pendekatan yang digunakan ustaz tersebut dalam mengajar agama kepada mereka semua.
Lebih baik kita doakan yang elok-elok je dekat Sajat dan rakan-rakan daripada mengecam. Nak dekati agama tu satu step untuk berubah ke arah yang baik tau!
Baca: Pakai Seluar Ketat Melampau, Sajat Kena Tegur Dengan Aliff Syukri