Acapkali kita dengar pelbagai pengalaman menyeramkan yang dihadapi oleh para hikers yang pergi hiking di sesetengah bukit atau kawasan hutan. Malah tak kurang juga pernah dilaporkan hilang secara tiba-tiba ketika sedang hiking. Uish ni paling admin takut.
Walau bagaimanapun, pengalaman seorang gadis baru-baru ni boleh tahan seram juga apabila rakamannya ketika turun daripada hiking di Tanjung Tuan, Melaka terselit suara yang tidak dikenali.
Menerusi perkongsian @kusenandungkan di Twitter, dia bersama keluarga telah naik ke Tanjung Tuan sekitar jam 6.30 petang dan turun dari kawasan tersebut sekitar jam 7.30 malam.
Semasa ingin turun dari kawasan tersebut, teman lelaki kakaknya telah merakam aksinya dari belakang tanpa menyedari dia telah merakam suara seorang ‘perempuan’ bersuara garau.
https://twitter.com/kusenandungkan/status/1343914552195346443
Dalam video tersebut, gadis ini meminta netizen mendengar betul-betul apa yang dituturkan ‘perempuan’ itu yang didengarinya seperti “ala dia tak nampak la”. Uiksss! Korang dengar tak? First sekali bunyinya tu!
“Acik ada orang ramai kat depan tu”
Lebih menyeramkan lagi apabila anak saudaranya baru berusia 3 tahun pulak cakap dia ternampak ramai orang berada di hadapan. Padahal dalam video tu kita boleh tengok tak ada apa-apa langsung kan?
Namun mujurlah gadis tersebut tak tegur atau layan sangat apa yang dikatakan anak saudaranya. Mereka semua selamat turun ke bawah.
i nk try tanya dia mana ada orang tapi i ingat kata orang tua ii, jangan tegur kalau budak kecik nampak. so i kuatkan diri jalan je sampai bawah. siapa yang pernah pergi tanjung tuan untuk cari latok tu tahu la tempat dia seram yaAmat macam mana 🥰
— lily🌬 (@kusenandungkan) December 29, 2020
“I nampak ada sosok macam nenek kebayan”
Apa-apapun bukan gadis ni saja yang alami pengalaman mistik ketika hiking di Tanjung Tuan. Nampaknya ramai pula berkongsi pengalaman yang hampir sama dan ada yang boleh tahan meremang. Uish kalau nak hiking ke sini, mental kena kuat katanya!
https://twitter.com/kusenandungkan/status/1344169143205908480
https://twitter.com/Haff_TheBaker/status/1344021846794989568
last month i pergi dgn kwn prmpuan i turun dalam 730 gelap gila, banyak tupai melintas & kitorang dengar perempuan nangis,mula mula i ingat i sorang je dengar😐 dah sampai kereta kawan i cakap benda sama yang dia pun dengar jugak😐
— Haiqal_ (@Mhdhaiqallll) December 30, 2020
Bagi korang yang berhajat nak hiking ke sana, ramai di antara netizen yang nasihatkan supaya turun daripada kawasan itu sebelum waktu maghrib. Lagipun kita semua tahu kan, kalau maghrib-maghrib ni macam-macam benda mistik akan muncul kan diri.
Lagi satu peringatan, adalah sebaiknya perlengkapkan diri dengan bacaan ayat Al-Quran sebab kita tak tahu ‘apa’ dan ‘siapa’ yang bersama kita ketika di atas sana tu.
Uish kalau min memang taklah nak hiking ke situ lagi ye.
Baca: Seram! Pemuda ‘Potong’ Ambulans, Tapi Bila Tengok Rupanya Tak Ada Pemandu!