in

Seram! Pemuda ‘Potong’ Ambulans, Tapi Bila Tengok Rupanya Tak Ada Pemandu!

Ft Kereta Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, pasti ada antara korang yang tahu tentang kisah misteri ‘Volkswagen Kuning’ bukan? Acap kali diceritakan sejak zaman kecil-kecil dulu tentang sebuah kereta Volkswagen kuning yang sering ‘memunculkan’ diri di lebuhraya Karak.


Namun apa yang menyeramkan, kereta tersebut dikatakan bergerak dengan sendiri tanpa pemandu! Misteri tersebut sampai sekarang tidak terungkai dan masih menjadi persoalan tentang “Siapakah pemilik sebenar kereta tu?” dan “Siapa pula yang membawanya?”.

 

Bertembung ambulans tanpa pemandu

Kini, tular pula di media sosial kejadian yang seakan-akan sama dengan misteri Volkswagen kuning apabila seorang lelaki ini ‘bertembung’ pula dengan sebuah kenderaan tanpa pemandu. Namun, ia bukanlah kereta Volkswagen kuning tetapi sebuah ambulans tanpa pemandu!

Melalui perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitter @dibo semalam, 21 Disember 2020, kejadian seram itu dikatakan berlaku kepada salah seorang kenalan rakannya ketika melalui sebuah jalan raya di Rompin, Pahang pada pukul 3.37 pagi hari Ahad yang lepas.

*Untuk mudahkan, admin namakan yang nampak tu A…

Melalui beberapa foto tangkapan skrin mesej perbualan mereka di aplikasi WhatsApp, pada awalnya, si A dilaporkan ternampak ambulans tersebut ‘tersadai’ di tepi jalan. Namun, ambulans ‘misteri’ itu secara tiba-tiba bergerak di hadapan keretanya.

Peliknya….

Ambulans 1

 

Bila ‘potong’, ambulans tiada pemandu

Kejadian seram yang mampu ‘mendirikan’ bulu roma berlaku apabila dia kemudiannya bertindak untuk ‘memotong’ ambulans misteri itu. Setelah dia berpaling untuk melihat semula, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ambulans tersebut tidak mempunyai pemandu!

Ambulans 2

 

Dah lama dilupuskan

‘Cuak’ dengan kejadian aneh itu, A terus memecut laju keretanya meninggalkan ambulans tersebut di belakang. Setelah dirasakan sudah berada pada jarak yang agak selamat, barulah dia berpaling dan melihat ambulans tersebut telah ‘ghaib’.

Pelik dengan kejadian yang menimpa itu, si A bertindak membuat laporan polis berdasarkan bukti gambar yang berjaya ditangkap berserta nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Namun, menurut pihak polis, ambulans tersebut telah dilupuskan sejak tahun 2013 lagi!..whattttt!

Ambulans 3

Tambahnya, mengikut cerita yang pernah dia dengar ambulans tersebut pernah mengalami kemalangan ngeri suatu ketika dahulu. Apa yang lebih menyayat hati, pemandunya juga meninggal dunia dalam kemalangan tersebut…betul atau tak, wallahualam~

Tidak berpuas hati dengan misteri ambulans ini, si A dan rakan-rakannya memilih untuk pergi semula ke kawasan tersebut untuk melihat ambulans tanpa pemandu itu. Namun, hampa apabila kenderaan itu tidak kelihatan ‘tersadai’ di tepi jalan seperti mana pada malam kejadian.

Perkongsian yang dibuat oleh lelaki ini di media sosial berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa seram dengan kejadian yang menimpa rakannya. Namun tak kurang juga ada yang cuba ‘menyedapkan’ hati dengan jenaka mengaitkan kisah ambulans tanpa pemandu ini dengan tugas seorang frontliners.

 

“Hantu pun turun padang jadi frontliner” – Netizen

Komen Twit Hantu 1

Komen Twit Hantu 2

Aduhai, netizen Malaysia ni memang kreatif. 

Baca: “Mintak doa je tak nak selisih kereta ni” – Kisah Disebalik ‘Misteri Volkswagen Kuning’ Di Karak

Baca Kereta

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.