in

“Aku respect dia” – Netizen Teruja Tengok Kehebatan Gadis OKU Ni, Drive Kereta Pakai Kaki

Akak Drive Pakai Kaki Je Dik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kekurangan yang dimiliki oleh seseorang itu kadang-kadang boleh jadi suatu kelebihan yang orang lain tak terduga.



Baru-baru ini, viral sebuah video di TikTok memaparkan seorang gadis OKU dilihat mempamerkan kehebatannya membawa kenderaan menggunakan kaki. Waaahh! 

Menerusi video tersebut, gadis berkenaan kelihatan selamba membawa kereta jenis Myvi yang dinaiki oleh seorang wanita dan tiga orang kanak-kanak lain.

@fitrinruslee

Siapa kakak baju warna peach ni? part 1 #fyp #photog #esekeli #wanita @norfarrahsyahirahshaari

♬ original sound – Fitrin Ruslee – Fitrin Ruslee

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa sangat kagum dan teruja dengan kelebihan gadis tersebut.

Malah ramai yang cakap, ia adalah suatu perkara yang patut dibanggakan kerana tak ramai yang mempunyai kehebatan tersebut.

Wanit Ahebat

 

Ramai komen pasal aurat tapi sebenarnya… 

Meskipun ramai yang memuji, namun ada segelintir pihak mengecam gadis itu kerana dikatakan telah menunjukkan auratnya. Kalau ikutkan kaki seorang wanita itu adalah sebahagian daripada aurat kan?

Namun komen tersebut telah dipadam selepas ramai di kalangan netizen berpendapat dalam isu ini pasti ada keringanan dalam Islam kerana gadis tersebut tidak mempunyai tangan dan melakukan kegiatan seharian menggunakan kakinya.

Kakiiii

Apa-apapun menerusi satu lagi video yang dimuat naik di TikTok, ia menjelaskan bahawa gadis tersebut bukan calang-calang orangnya dan sebenarnya seorang pakar motivasi dan pernah mendapat Anugerah Belia COVID 19. Tahniah! 

@fitrinruslee

Part 2 -siapa wanita berbaju peach ni? #fyp #wanita @norfarrahsyahirahshaari @farha2105

♬ original sound – Fitrin Ruslee – Fitrin Ruslee

Semoga terus memberi inspirasi buat semua! 

Baca: “Meremang weh dengar!” – [VIDEO] Pemuda OKU Nyanyi Lagu Dipenjara Janji Buat Ramai Terpesona

Oku

Sumber: TikTok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.