in

“Meremang weh dengar!” -[VIDEO] Pemuda OKU Nyanyi Lagu Dipenjara Janji Buat Ramai Terpesona

Fi Oku 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

OKU stands for Orang Kelainan Upaya dan brader ini membuktikan dia memang mempunyai kelainan atau kelebihan.


 

Tarik lagu Dipenjara janji

Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, seorang pemuda OKU dirakam menyanyikan lagu Dipenjara Janji nyanyian asal Awie. Tapi apa yang menarik perhatian ramai, kemampuan vokalnya untuk menyanyi lagu pitch tinggi tersebut membuatkan orang ramai terpegun.

Selain itu, dia juga dilihat tak ‘pancit’ dan dapat bernyanyi dengan santai. Powerr gila weh

Sebelum itu, pemuda tersebut dilihat menyanyikan lagu tersebut di atas pentas di sebuah majlis. Dek kerana terlampau mengagumkan, beberapa penonton telah naik ke atas pentas lalu memberikan bunga kepada pemuda tersebut. Alooo suwittt.

Posting nyanyian pemuda tersebut telah dikongsikan oleh akaun @TauGe Utara dan sehingga kini telah meraih lebih dari 80k tontonan.

@taugeutara

bukan semua bleh bawa lagu ni…padu broo

♬ original sound – TauGe UtaRa – TauGe UtaRa

Korang pun tau kan lagu ni tinggi, dia pula bawa lagu ni selamba cantu je. Memang power weh!

 

“Kalau Awie dengar ni mesti dia respect”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaikan terpesona dengan nyanyian pemuda itu, disamping ada yang menyatakan bahawa penyanyi asal lagu tersebut juga akan respect kepadanya.

Reak Oku 1 Edit 1

Reak Oku 3 Edit 1

Reak Oku 2 Edit 1

No comment, memang power! Semoga urusan pemuda ni dipermudahkan. Kot-kot boleh jadi macam Caliph Busker kan.

 

Baca : “Rasa nak tolong suapkan dia” – [VIDEO] Susah Nak Makan, Aksi Pemuda OKU Buat Netizen Tersentuh

Foot Oku 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.