in

7 Filem Komedi Seram Thailand Yang Boleh Hiburkan Penonton Sampai Tak Kering Gusi

F1 Fthk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk korang yang tak melancong atau berjalan ke mana-mana ketika cuti hujung minggu yang panjang ni, apa kata korang layan tujuh filem komedi seram Thailand ni. Duduk lepak kat rumah pun tetap boleh have fun kan kalu tengok movie best. 


Jom kami kongsikan dengan korang tujuh filem komedi seram paling best dari Thailand!

#1 Midnight University 

Telah ditayangkan di pawagam pada 2016, filem ini mengisahkan tentang enam orang penuntut menara gading yang perlu belajar di kelas malam di universiti mereka yang berhantu.

5 2

Ini kerana kesemua mereka gagal dalam peperiksaan subjek Bahasa Inggeris.

Namun, ramai antara mereka yang mula diganggu oleh entiti halus yang menghuni bangunan universiti terbabit.

Kalau nak tahu sama ada mereka ni berjaya ke tak habiskan pelajaran, kena lah tonton filem lawak ni sampai habis. Tonton dulu trailer filem ni kat sini.

#2 Low Season

Selain filem Pee Nak, filem Low Season yang juga dilakonkan oleh Mario Maurer ini memang wajib ditonton oleh peminat aktor popular dan kacak Thailand ini.

4 2

Filem bermula dengan kisah seorang gadis iaitu Lin yang memutuskan untuk bercuti ke sebuah kawasan luar bandar setelah putus dengan teman lelakinya.

Dia yang dikurniakan kebolehan untuk melihat makhluk halus juga bertemu dengan seorang penulis skrip yang menulis cerita hantu dan kedua-dua mereka mula jatuh cinta.

Filem ni tak begitu seram kerana ada elemen romantik yang turut diselitkan bersama. Pelakon utama yang membawa watak Lin tu pun ada iras-iras macam Lisa BLACKPINK pulak tu, so memang best cerita ni.

#3 Ghost is All Around (2016) 

Filem ini pula memaparkan tiga kisah seram berbeza yang berlaku ketika festival Songkran di Thailand.

Jom tengok trailer filem ini dulu sebelum tengok full movie version.

#4 Make Me Shudder 

Filem komedi seram ini pula menceritakan tentang sekumpulan pelajar degil yang sengaja mahu mencabar diri dengan memasuki bangunan yang berhantu di sekolah mereka walaupun sebenarnya para pelajar tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut.

Macam biasa, kesemua mereka kemudiannya akan diganggu oleh entiti halus yang menghuni tempat tersebut. Gelagat mereka berdepan dengan hantu-hantu tu pula kelakar habis sampai sakit perut gelak!

3 1 1

#5 4bia 

Filem ini merupakan filem antologi di mana ia memaparkan empat kisah seram berbeza namun bagi min, kisah yang paling menarik adalah kisah yang ketiga di mana empat orang sahabat telah berkhemah di dalam hutan di Chiang Mai.

Ketika mahu tidur, salah seorang daripada mereka iaitu Aey memberitahu rakan-rakannya bahawa jika dia mati nanti, orang yang tidur di bahagian tengah akan menjadi orang kedua yang akan mati nanti.

Keesokan harinya, Aey terjatuh daripada rakit yang mereka guna untuk bermain air dan tidak dijumpai. Nak tahu apa terjadi pada Aey? Jangan lupa tonton filem 4bia tau.

#6 Rathree Reborn

Filem yang ditayangkan pada 2009 ini pula merupakan filem sekuel Buppah Rahtree Phase 2: Rahtree Returns.

Seorang lelaki menyukai seorang wanita iaitu gurunya ketika kecil. Namun, apa yang seramnya ialah wanita tersebut telah menjadi hantu.

Ia telah dilakonkan oleh Mario Maurer.

#7 Ghost Ship 

Movie ini bermula dengan kisah kapten kapal dan rakannya yang menemui mayat isteri pemilik kapal mereka iaitu Mia yang tergantung di dalam kapal tersebut.

2 2

Mereka yang panik memutuskan untuk membuang mayat itu di laut namun tiba-tiba mayat tersebut hilang dan roh Mia mula mengganggu kapal tersebut yang belayar di tengah laut.

Siapa yang bunuh Mia? Tiada siapa yang tahu hinggalah ke penghujung filem. So, korang kena tengok sampai habis la.

Baca: “Confirm pecah perut”- Ini 7 Filem Komedi Indonesia Yang Anda Wajib Tengok!

1 1

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.