in

“Confirm pecah perut” – Ini 7 Filem Komedi Indonesia Yang Anda Wajib Tengok!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini suka tengok filem Indonesia? Jarang lah filem dari negara seberang ni mengecewakan penonton kan sebab plot yang digarap tu memang best dan cinematography dorang pun cantik. Kalau filem komedi pulak, memang terbahak-bahak lah kita tengok dalam cinema tu. 


Jadi, kali ini jom kita tengok tujuh filem komedi terbaik dari seberang!

#1 Orang Kaya Baru 

Untuk peminat setia Raline Shah, filem Orang Kaya Baru yang ditayangkan pada tahun 2019 ini memang wajib tonton sebab korang akan tengok sisi kelakar Raline dalam filem ni. Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga biasa yang tiba-tiba kaya selepas ayah mereka meninggal dunia. Tapi, dorang ni macam kena culture shock bila dapat harta dan duit yang bertimbun-timbun. 

Make sure korang tengok sampai habis kalau nak tahu sama ada dorang boleh ke uruskan duit harta pusaka tu dengan baik atau jadi boros.

#2 Mahasiswi Baru

Rindukan zaman universiti? Jangan risau, tengok je filem ni sebab boleh mengimbau kenangan korang ketika belajar dulu. Mahasiswi Baru ini pula mengisahkan tentang seorang warga emas, Lastri yang mendaftar masuk ke universiti sebab dia nak habiskan masa tuanya dengan belajar.

Di kampus, dia telah berkawan dengan sekumpulan pelajar dan dorang ni sering mencetus kekacauan. Jadi, anak Lastri ni risau sebab cara hidup ibunya ni dah macam remaja walaupun umur dah lanjut. Kalau nak tahu sama ada Lastri ni berjaya ke tak habiskan pengajiannya di universiti, jangan lupa tengok sampai habis tau. Boleh tengok movie ni di Netflix. 

#3 Terlalu Tampan 

Movie Terlalu Tampan yang ditayangkan pada tahun 2019 ini pula merupakan sebuah filem komedi keluarga yang mengisahkan tentang seorang remaja, Mas Kulin yang tak suka keluar rumah dan memilih untuk home schooling sebab dia sering menjadi buruan wanita  disebabkan wajahnya yang terlalu handsome.

Namun, ini telah menimbulkan kerisauan ibu dan ayahnya yang kemudiannya merancang satu plan untuk memaksa Mas Kulin bersekolah di sekolah biasa. Sampai cikgu perempuan pun pengsan tengok dia ni!

Nak tau macam mana Mas Kulin ni survive lepas terdedah kepada dunia luar dan bersosial dengan orang lain, kena lah tengok filem ni di Netflix.

#4 Cek Toko Sebelah 

Filem yang bertemakan kekeluargaan ini pula berkisar tentang Erwin, lulusan universiti luar negara yang terpaksa menolak tawaran untuk bekerja di Singapura sebab kena menjaga kedai runcit milik keluarga setelah ayahnya jatuh sakit.

Manakala hubungannya dengan si abang, Yohan pula tak berapa baik sebab Yohan ni kata ayah dorang ni ada sikap pilih kasih antara mereka adik-beradik. Yang paling best, watak si ayah ni dilakonkan oleh pelakon terkenal di negara kita iaitu Chew Kin Wah.

Filem ini boleh ditonton di Netflix kalau nak tahu apa nasib kedai keluarga dorang ni.

#5 My Stupid Boss 1 & 2

Filem lakonan Reza Rahadian dan Bunga Citra Lestari ni pulak best sebab ada gabungan pelakon Indonesia dan Malaysia macam Atikah Suhaime. Ia mengisahkan tentang perangai pelik seorang bos di sebuah kilang yang sering membuat pekerjanya pening kepala nak layan kerenah dia ni. Dah lah kebanyakan permintaan dia tu tak masuk akal. 

Boleh tengok trailer filem ni kat sini: 

Manakala My Stupid Boss 2 pula mengikuti perjalanan mereka ke Vietnam untuk mencari pekerja asing baru untuk kilang mereka. Disebabkan bos dorang ni masih berperangai pelik, macam-macam masalah jadi sepanjang dorang kat sana.

#6 Guru-guru Gokil (Crazy Awesome Teachers) 

Filem ini pula berkisar tentang seorang lelaki yang bernama Taat Pribadi yang merupakan anak seorang guru agama yang terpaksa melupakan cita-citanya. Keadaan memaksanya untuk menjadi guru ganti di sekolah ayahnya mengajar.

Disebabkan dia ni tak ada kelulusan sebagai guru, dia pun buat sijil diploma palsu dan pura-pura pandai mengajar di depan pelajarnya. Satu hari, sebuah beg yang berisi wang tunai yang berisi gaji cikgu-cikgu di sekolah tu dicuri oleh gangster jadi Taat terpaksa cari cara untuk dapatkan balik duit tu.

Kalau nak tahu ending movie ni, kena lah tengok sendiri. 

#7 Susah Sinyal 

Filem ini berkisar tentang hubungan ibu dan anak yang tak berapa baik sebab si ibu, Ellen yang juga merupakan seorang peguam selalu sibuk. Ini menyebabkan anak gadisnya membesar menjadi remaja yang memberontak namun dia rapat dengan nenek.  Keadaan mula berubah apabila nenek pula meninggal dunia akibat sakit jantung.

Jadi, untuk mengubat kesedihan mereka dengan pemergian nenek, Ellen mengajak anaknya ke pulau Sumba yang susah nak dapat line telefon untuk bercuti dan menghabiskan masa bersama-sama.  Adakah hubungan dorang akan kembali rapat? Tengok dulu trailer filem ni kat sini: 

Nanti kalau dah tonton kesemua filem ni, jangan lupa share yang mana satu filem favourite korang. 

Baca: 8 Filem Seram Indonesia Yang Diadaptasi Dari Dari Kisah Sebenar!

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.