in

Reaksi Muka Semua Kelakar, Netizen Tak Tahan Gelak Tengok Sekumpulan Lelaki Terkejut Layan Cerita Hantu

Untitled Project 2024 05 19T160157.808

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak anda merakam reaksi kawan anda ketika menonton cerita hantu? Filem seram yang mempunyai banyak jump scare atau kejutan boleh membuatkan seseorang itu ketakutan atau berang.

Baru-baru ini, terdapat satu video tular yang memaparkan seorang lelaki merakam detik kelakar apbila merakan wajah rakan-rakannya ketika menonton cerita hantu.


Artikel berkaitan: 5 Filem ‘Horror’ Terbaik Tahun 2024, Peminat Cerita Seram Memang Kena Tengok!

Artikel berkaitan: Di Sebalik Kisah Seram ‘The Amityville Horror’, Lelaki Bunuh Keluarganya Kerana ‘Bisikan Syaitan’

Video berkenaan menjadi tular dan rata-rata netizen terhibur melihatnya. Manakan tidak, dalam video sama, boleh dilihat dua orang lelaki terpaksa menggunakan bantal untuk menutup muka mereka kerana takut.

Lebih melucukan, reaksi terkejut yang ditunjukkan kesemua lelaki itu berjaya dirakam. Hilang kejantanan mereka ketika berlakunya jump scare. 

Tahukah anda, cerita hantu boleh mendatangkan manfaat tersendiri terhadap kesihatan mental? Kajian mendapati, cerita seram boleh mengurangkan stres dan merendahkan rasa takut sekiranya seseorang itu terdedah kepada bahaya.

Bagaimanapun, sudah tentulah seseorang itu suka tonton cerita seram kerana rasa ‘thrill‘ yang dibawa oleh filem berkenaan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.