in

5 Tokoh Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Konflik Semasa Pemerintahan Mereka

Pm Best Price

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam tempoh 61 tahun kemerdekaan, kita dah lalui lima fasa pemerintahan daripada lima orang Perdana Menteri sebelum Datuk Seri Najib Razak. Setiap satu daripada mereka ni dah contribute yang terbaik dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat.

Walaupun ramai yang condemn PM Najib sebab cetus macam-macam kontroversi, Perdana Menteri yang lain pun ada jugak konflik yang dorang lalui pada zaman pemerintahan dorang. Ini kami senaraikan lima bekas Perdana Menteri dan konflik semasa pemerintahan mereka. 


 

1. Tunku Abdul Rahman

Dsc02387
sumber: blog

Siapa yang tak kenal Bapa Kemerdekaan ni sah-sah korang bukan orang Malaysia! Hasil jerih payah Tunku Abdul Rahman dalam realisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada masa tu tanpa pertumpahan darah memang amat disanjung rakyat. Sepanjang pemerintahan Tunku jugak, dia dikatakan sebagai seorang yang ada sifat kepimpinan tinggi, berusaha nak kukuhkan perpaduan sesama kaum dan sangat pentingkan pendidikan anak bangsa.

Tapi effort Tunku dalam gabungkan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo mula berkecai bila dia terpaksa ambil keputusan untuk singkirkan Singapura pada 1965. Konflik ni berlaku bila Lee Kuan Yew mula menentang Perlembagaan Malaysia yang sentuh pasal kuota dan hak istimewa orang Melayu. Kata Lee, artikel dalam perlembagaan tu rasis dan dia mula berkempen untuk mintak hak kesamarataan bagi semua bangsa lain.

20150524 Leeabdul St
sumber: asia one

Kesan daripada keputusan Tunku ni, berlaku ketegangan yang hebat jugaklah antara kaum Melayu dan Cina sampai terjadi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Sampai sekarang 13 Mei ni topik yang taboo untuk dibincangkan dan ia jugak jadi sebab kenapa Tunku akhirnya letak jawatan, negara jadi darurat dan Tun Razak gantikan Tunku.

 

2. Tun Abdul Razak

Tun Abdul Razak
sumber: blog

Tun Abdul Razak yang kita gelar sebagai Bapa Pembangunan ni jugak femes sebab dialah bapa kepada PM Najib kita sekarang. Dia ni boleh dikatakan sebagai seorang yang berani sebab ambik alih negara kita yang sedang bermasalah pada masa tu. Tak cukup dengan masalah perpaduan, rakyat jugak tengah dilanda kemiskinan yang jadi punca kepada pergaduhan antara kaum ni berlaku.

Walaupun banyak konflik yang Tun Razak perlu hadapi masa pemerintahannya, dia antara Perdana Menteri yang disanjung sebab perkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk atasi masalah ekonomi dan sosial masyarakat. Apa yang menarik tentang Tun Razak ialah dia sebenarnya individu penting yang tubuhkan Barisan Nasional (BN) bagi gantikan Parti Perikatan dan dia jugaklah yang berusaha tangani pemberontakan komunis pada masa tu.

Stock Photo Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein Dan Rombongan Berangkat Ke London 120709
sumber: penerangan

Ketika tu jugak, Dr Mahathir Mohamad yang dikeluarkan daripada UMNO pada tahun 1969 sebab berselisih faham dengan Tunku, dah dijemput semula masuk UMNO oleh Tun Razak. Tapi pemerintahan Tun Razak ni tak bertahan lama sebab dia akhirnya meninggal dunia akibat sakit leukimia di London.

 

3. Tun Hussein Onn

Hussein Onn
sumber: moe

Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri ketiga yang gantikan Tun Abdul Razak lepas dia meninggal dunia pada 1976. Dalam tempoh pemerintahan Tun Hussein, dia dikatakan sebagai seorang sangat ikhlas dalam perjuangan dan bertindak keras kat sesiapa cuba bangkit masalah perpaduan. Sebab tulah dia digelar Bapa Perpaduan.

Sebagai seorang yang ada latar belakang ketenteraan, Tun Hussein antara individu yang responsible dalam modern kan angkatan bersenjata Malaysia terutamanya selepas kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis. Dibawah pemerintahan dia, Tun Hussein cuba sedaya upaya hapuskan komunis dan pulihkan dorang yang bersimpati dengan komunis.

Tun Hussein Onn Perdana Menteri Malaysia Ketiga
sumber: blog

Walau macam mana pun, Tun Hussein sebenarnya tak memerintah lama dan cukup enam tahun mentadbir kerajaan, dia meletak jawatan sebab ada masalah kesihatan. Sepanjang pemerintahannya, Tun Hussein tidak mengalami banyak konflik seperti yang Tun Razak hadapi dan dia hanya meneruskan agenda pembangunan Perdana Menteri sebelumnya.

 

4. Tun Mahathir Mohammad

Tun Mahathir Mohamad4
sumber: blog

Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri yang paling lama memerintah Malaysia dengan tempoh 22 tahun. Digelar Bapa Pemodenan Malaysia, Mahathir ternyata antara Perdana Menteri yang rakyat palingggggg sayang sebab dia dah buat macam-macam perubahan sehingga Malaysia terkenal di mata dunia.

Tapi adatlah bila lagi lama kita pegang responsibility atau jawatan tu, lagi banyaklah konflik dan kontroversi yang jadi. Antara konflik besar yang berlaku masa pemerintahan Tun M ni termasuklah krisis perlembagaan yang mana Tun Mahathir dah buang kuasa veto Raja-raja dan imuniti dorang daripada dihukum penjara atau dihadap ke mahkamah.

Selain itu, isu pemecatan Anwar Ibrahim yang pada masa tu jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia juga big issue sampai munculnya Gerakan Reformasi dan tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum 1999. Sejak daripada tu, suasana politik Malaysia berubah dan pembangkang mula mendapat perhatian rakyat.

Image 1 1
sumber: utusan

Sebenarnya ada banyak lagi konflik yang berlaku semasa pemerintahan Tun Mahathir ni termasuklah isu Memali, press freedom dan lain-lain. Tapi korang semua mesti tak dapat nafikan yang Tun M ni seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan tegas sehinggakan media barat pun takut dengannya.

 

5. Tun Abdullah Ahmad Badawi

Abdullah Ahmad Badawi
sumber: blog

Selepas Tun Mahathir meletak jawatan pada 2003, Tun Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah take over jadi Perdana Menteri yang kelima. Pak Lah ni orangnya relax je dan sentiasa tenang dalam buat keputusan. Tapi disebabkan ramai yang tak boleh get over dengan Tun M, pembangunan yang Pak Lah buat tak ramai yang sedar atau nampak.

Well actually sebagai seorang Perdana Menteri yang expert dalam bidang Pengajian Islam, Pak Lah dah perkenalkan konsep Islam Hadhari dan dari situ jugaklah muncul macam-macam etika pasal konsep ‘Hadhari’ ni yang ramai tak berapa faham apa sebenarnya yang Pak Lah cuba implement kan.

Usaha Pak Lah dalam jalankan konsep Islam Hadhari ni dianggap macam fail lah sebab Malaysia masih tak berubah ke tahap lebih baik. Tambah-tambah lagi isu rasuah yang melibatkan orang ternama macam Eric Chia dan Isa Abdul Samad yang berlaku di zaman pemerintahan Pak Lah, ia jelas menunjukkan Pak Lah tak berapa serius dalam mengatasi masalah ni.

94857121
sumber: getty

Semasa pentadbirannya jugak, Pak Lah sentiasa mendapat kritikan media dan ahli politik lain termasuklah Tun M dan anaknya Mukhriz tentang dasar ekonominya pada tahun 2006. Tekanan yang dihadapi buat Pak Lah melepaskan jawatan Presiden UMNO pada 2009 dan sekaligus menjadikan PM Najib the next prime minister of Malaysia. 

So siapa agaknya Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh? Ada ramalan? Kongsikan bersama kami! 

Baca: 10 Kenyataan Menteri Malaysia Yang Paling WIN Korang Pernah Dengar

Najibun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.