in

5 Tempat Paling Berhantu Di Bangkok Dengan Sejarah Tersendiri Yang Boleh Buat Korang Tak Tidur Malam

Bangkok Thrill

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercakap pasal Thailand, mesti korang teringat-ingat akan filem seramnya macam Nangnak, Long Kong, Shutter, Pee Mak dan macam-macam lagilah.


Di sebalik filem seram ini, sebenarnya Bangkok memang benar ada menyimpan pelbagai kisah misteri, seram dan menakutkan yang ramai tak tahu di beberapa lokasi terbiar di sekitar bandar itu.

Malah dalam kepercayaan mereka, masyarakat Thai percaya akan kewujudan hantu ‘Tai Hong’ iaitu semangat jahat yang dipercayai tinggal untuk menghantui mereka yang masih hidup. Berikut admin kongsikan 5 lokasi berhantu di Bangkok dari Trip Canvas yang bakal menghantui malam-malam anda. 

 

1. Wat Pai Ngoen Temple: Rumah mayat yang menyimpan 2,002 mayat bayi dalam beg plastik 

Siapa menyangka pada hari biasa itu, seorang lelaki telah menjumpai seekor anjing mengonggong sebuah beg plastik di mulut. Isinya? Korang takkan percaya! Lelaki tersebut menjumpai mayat bayi di dalamnya dan anjing tersebut dilihat sedang memakan mayat tersebut.

Polis seterusnya menyiasat anjing tersebut sehingga ia membawa mereka ke sebuah temple berdekatan. Bila mereka masuk ke dalam rumah mayat tu, bau busuk menusuk ke hidung. Rupa-rupanya 2,002 beg plastik dengan ‘isi’ yang sama dijumpai.

9 1 By Khaosod
sumber: trip canvas

Bayi-bayi malang ni datang dari klinik yang buat abortion dan ‘pihak yang bertanggungjawab’ sepatutnya kena ‘musnahkan’ mayat-mayat ni. Sehingga sekarang, locals masih dengar bunyi suara budak-budak ketawa dan menangis kat kawasan tu. Erk seram! 

9 2 By Tiewkrungthep
sumber: trip canvas

 

2. Ajarn Chuan Ashram: Ashram yang ditinggalkan dengan ratusan patung dibuat dari sisa manusia

Kalau jumpa satu patung je mungkin tak seram. Tapi macam mana kalau korang jumpa ratusan patung yang nampak macam manusia betul dibiarkan kat satu kawasan.

Dan macam mana pulak kalau dalam banyak-banyak patung tu, ada di antaranya dibuat dari sisa badan manusia dan ada kena mengena pulak dengan black magic?

10 2 By Surapo Klawdektri@Gooza.com
sumber: trip canvas

Menurut sumber, seorang sami yang terkenal dengan ‘ilmu hitam’ dulu telah bina ratusan patung manusia, kanak-kanak, monster dan makhluk ajaib dan letakkan ia di sekitar ashram tersebut.

Sesetengah patung ni ada lah dia campurkan rambut, tulang dan kulit yang bertatu milik manusia. Ada orang cakap, patung-patung ni hidup pada waktu malam. Kalau nak tau kena experience sendiri lah. Tu pun kalau berani! 

10 4 By Jane Panyo@Aiceii Next
sumber: trip canvas

 

3. Rumah tinggal di Thawi Watthana, Bangkok

Familiar dengan filem Final Destination? Buatlah macam manapun mereka tetap tak boleh lari dengan takdir yang mereka akan mati. Kisah Final Destination ni ada persamaan dengan kisah 7 orang remaja malang di Bangkok.

Pada satu malam tahun 2015, budak-budak berani mati ni telah ke daerah Thawi Watthana dalam keadaan mabuk. Mereka kononnya ingin explore rumah terbiar di sana yang dikatakan berhantu.

Sampai saja di sana, mereka nampak dua buah rumah tinggal di hujung jalan. Sebelum dorang dapat masuk ke dalamnya, lampu hadapan rumah tu tiba-tiba terpadam dengan sendirinya. Takut dengan keadaan tu, dorang pun cabut lari.

11 2 By Thairath.co .Th@Hilight.kappok
sumber: trip canvas

Tapi agak mengejutkan jugaklah lepas 3 bulan dari kejadian tu, 2 dari 7 orang remaja tadi meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Saksi kononnya cakap nampak seorang wanita berbaju putih menunggang motor dengan mereka.

Kemudian beberapa tahun berlalu, dua remaja lagi meninggal dan benda yang sama berlaku. Wanita berbaju putih dilihat ada bersama mereka. Kini hanya dua orang yang hidup, takut akan kematian yang bakal dihadapi mereka.

11 4 By Thairath.co
sumber: trip canvas

 

4. Santika Pub, Soi Ekhamai: Peristiwa malam countdown berdarah 

Korang percaya akan ‘petanda’ atau ‘sesuatu’ perkara yang macam beri mesej ‘something’ is going to happen soon? Tragedi berdarah di sebuah pub mungkin boleh dielakkan kalau ada yang nampak petanda-petandanya.

Santika Pub di Bangkok sedang bersiap sedia akan malam sambutan tahun baru 2009. Namun malam countdown ni berubah jadi tragedi apabila satu kebakaran besar terjadi hingga membunuh lebih 60 nyawa dan mencederakan 100 yang lain.

2 1 By Hatyaifocus
sumber: trip canvas

Petandanya:

  • Party ni dipanggil ‘Goodbye Santika’ kerana ia party terakhir sebelum pub ni ditutup.
  • Staff beri CD dengan cover warna hitam kepada setiap pengunjung.
  • Website yang promosi party ini mempunyai api yang terbakar sebagai temanya.
  • Band yang mainkan lagu pada malam tu bernama ‘Burn’.

Lebih scary, ura-ura ada mengatakan yang lot pub tu dulu telah dibina sebuah rumah pembunuhan sebelum ia dimusnahkan. Locals claim that kalau malam-malam dorang masih boleh dengar bunyi ‘roh’ menjerit meminta tolong dari lot yang kini kosong.

2 2 Santika Pub Via Thairath

2 3 By Thairath@Bonusburda@Hatyaifocus
sumber: trip canvas

 

5. Soi Saiyud: Tanah perkuburan bas 

Pihak pengurusan bas kebanyakannya gunakan lokasi ini untuk melupuskan bas-bas dan kenderaan lain yang tak boleh digunakan lagi. Ia juga menjadi tempat untuk melupuskan bas yang pernah terlibat dalam kemalangan dasyat dengan kematian yang ramai.

3 1 Sai Yood By Easemytrip
sumber: trip canvas

Pun begitu, beberapa perkara pelik telah berlaku pada waktu malam. Bunyi jeritan tolong telah didengari dari kawasan tu. Seorang pemandu teksi pernah nampak ada orang melambai padanya, bila berhenti di situ.. tak ada orang pulak!

Satu ketika dulu, orang sekeliling pernah buat complaint pada guard kononnya mereka dengar bunyi orang menyanyi, bergembira dan memukul gendang di kawasan tersebut. Bila diperiksa tak ada apa pulak.

Tapi tiba-tiba guard tu ternampak sebuah bas yang terlibat dalam kemalangan dan bas tersebut dinaiki sekumpulan remaja yang bercuti sekolah. Hmm mereka ke yang sedang bergembira tu? 

3 2 By Ttsod
sumber: trip canvas

Scary kan? Kalau takut nak baca waktu malam, share dan baca esok pagi ye gais! 

Baca: Seram Malam Jumaat: 5 Cerita Hantu Korang Dengar Masa Kecil Dulu

What

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.