Dalam dunia ini memang wujud puak-puak yang masih hidup jauh daripada dunia moden, mereka hidup di dalam hutan dan puak-puak ini sangat menggerunkan! Perkongsian daripada individu ini akan menyenaraikan suku kaum tersebut.
1. Puak Korowai
Mereka mengamalkan kanibalisme sebagai cara keadilan di hutan tenggara Papua. Pengorbanan haiwan adalah perkara biasa di kalangan Korowai dan kehidupan mereka berkisar tentang sihir dan roh. Mereka masih merupakan salah satu puak yang paling liar walaupun, mereka sudah menerima pemodenan.
Ritual kanibalisme berlaku sebagai satu bentuk pembalasan dan hukuman terhadap bomoh jahat. Selepas dibunuh, bahagian tubuh seseorang akan dibahagikan antara klan dan kemudian dimakan. Pada tahun 2006, sebuah rancangan televisyen merakamkan 60 minit pembunuhan seseorang dalam komuniti Korowai yang dihukum kerana menjadi “khakhua” atau ahli sihir. Dia diseksa, dibunuh, dan dimakan.
2. Puak Korubo
Mereka juga dikenali sebagai Dslala, terletak di Brazil. Apabila kerajaan Brazil cuba menjalin hubungan dengan mereka, hasilnya sama sekali tidak seperti yang diharapkan. Dslalas membunuh beberapa kakitangan kerajaan yang berani memasuki hutan Amazon itu.
3. Puak Yaifo
Suku kaum Yaifo di Papua New Guinea mula terdedah dengan dunia moden pada tahun 1988. Bagaimanapun, Yaifo biasanya tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar dan jika anda masuk ke kawasan mereka, anda mungkin akan disambut dengan anak panah dan busur.
Mereka akan menggunakan wanita yang bertubuh kecil untuk dijadikan mata-mata. Mereka ditugaskan untuk mengintai orang luar yang cuba nak masuk ke kawasan mereka, saat itu mereka yang mengintai mempunyai 2 anak panah yang berbeza iaitu panas jenis multi-tier (panas untuk tangkap ikan) serta panas yang mempunyai bilah dan beracun, lapor sumber.
4. Puak Asmat
Asmat ialah suku kaum yang tinggal di pulau-pulau kecil dalam hutan bakau berhampiran laut belah selatan di bahagian barat Pulau New Guinea. Mereka adalah puak kanibal yang paling terkenal di dunia dan nama mereka digunakan untuk membangkitkan ketakutan.
Pada tahun 1961, dalam sebuah ekspedisi yang dipimpin oleh Rokefeller Jr, anak kepada gabenor New York, hilang di kawasan hutan ini. Dikhabarkan, Rokefeller Jr menjadi korban kanibalisme suku Asmat ini.
Pada tahun 1968 dua individu dari Australia dan Amerika, Stan Dole dan Phil Masters dikhabarkan telah dicincang dan dimakan oleh suku Asmat, menurut sumber.
5. Puak Yanomami
Terletak di antara Venezuela dan Brazil, orang Yanomami dengan mudah boleh menjadi salah satu puak yang paling ganas di dunia. Walaupun mereka ini telah mendapat pendedahan kepada gaya hidup dunia moden mereka masih terasing.
Sumber : Twitter