in

“Yusry suami paling beruntung” – Buku Catatan Lisa Surihani Untuk Mengerjakan Haji Jadi Buat Netizen Kagum

Ft Lisa Surihani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, pelakon Hajah Lisa Surihani baru sahaja pulang daripada melakukan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadah haji.

Apa yang menarik perhatian adalah, satu perkongsian daripada seorang Mutawwif telah menarik perhatian netizen apabila Ustaz Dr Amirul Hassan ada kongsikan sesuatu perkara yang menarik tentang kesungguhan Hajah Lisa Surihani dalam menunaikan ibadah haji.


Artikel berkaitan : “Jadi core memory sampai sekarang” – Lisa Surihani Dedah Pernah Dibuli Sebab Pelat ‘R’

Artikel berkaitan : “Istanbul Aku Datang Chapter 2?” – Lisa Surihani & Beto Kusyairy Buat Netizen ‘Throwback’

Persediaan ilmu & doa Hajah Lisa Surihani

Dalam video tersebut, dilihat Dr Amirul Hassan membelek satu persatu muka surat catatan buku tersebut dan yang menunjukkan lakaran peta minda dan koleksi doa-doa yang dikepilkan ke dalam buku tersebut.

Dalam video tersebut, Lisa menjelaskan bahawa dia mengumpulkan maklumat tersebut menerusi kuliah audio.

@dramirulhassan

Amaze sangat dengan catatan Hajjah #lisasurihani sebagai persediaan rohani beliau sendiri menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal masyaallah. Beliau meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama. #Haji2026 #Mekah #saudiarabia🇸🇦 #inspiration

♬ оригинальный звук – Ihlas Salih

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tertarik dan memuji Lisa Surihani, bahkan ada juga yang memohon agar Lisa Surihani menerbitkan buku tersebut agar ia boleh menjadi rujukan mereka jika ingin menunaikan ibadah haji.

Disamping itu ada juga yang mengatakan bahawa suaminya Yusry sangat bertuah mempunyai seorang isteri yang solehah seperti Lisa Surihani.

Lisa Lisa 2 Lisa 2 Lisa 3

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.