Tular video di media sosial memaparkan pelakon dan penyanyi Didi Astillah dilihat sedang mengamuk terhadap seorang pekerja restoran, semalam.
Difahamkan, keluarga Didi bersama kenalan rapat mereka sedang menikmati majlis makan malam di sebuah restoran.
Namun, suasana tenang bertukar tegang apabila Didi secara tiba-tiba meluahkan rasa marah terhadap seorang pekerja restoran itu gara-gara pesanannya untuk segelas jus tembikai tidak diterima.
Situasi menjadi semakin kecoh apabila mereka mula bertegang urat. Namun, cuba dileraikan Ahli Parlimen Muar yang juga tunang Bella Astillah iaitu Syed Saddiq sementara Didi pula dilihat ditegur dan ditenangkan ibunya, Siti Zarina.
Bagaimanapun, semua itu hanyalah prank semata-mata sempena menyambut ulang tahun kelahiran ibunya.
Selepas mengetahui itu sekadar lakonan, wajah Siti Zarina berasa lega sebelum dipeluk oleh Didi dalam suasana penuh meriah dan gelak tawa.
@wawa_adilainie11 Happy birthday mama kpd bella astillah.. mama eina.. last gaya didi 🤣 #bellasyedyes #bermuarsabah #dayanguntuksyed #bellaastillah #syedsaddiq
Reaksi Syed Saddiq yang kelihatan serius ketika cuba meleraikan pergaduhan dan terpinga-pinga selepas mengetahui segala yang berlaku hanyalah prank turut menjadi perhatian ramai.
Artikel berkaitan: “33 tahun tak pernah dengar” – Abang Dedah Syed Saddiq Hanya Ucap ‘I Love You’ Kepada Bella Astillah
Artikel berkaitan: “Saya ada dunia luar dari politik” – YB Syed Saddiq Dedah Diri Semakin Bahagia, Tarikh Pernikahan ‘Very Soon’?
Sementara itu, video prank berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang terhibur dengan usikan tersebut malah memuji tindakan ibu mereka yang segera menegur sikap anaknya.
Namun, ada segelintir pihak yang tidak berkenaan dengan situasi tersebut kerana menyifatkan ia sedikit keterlaluan dan tidak sesuai dilakukan ketika majlis bersama keluarga.

Sumber: TikTok
