in

5 Artis Malaysia Yang Bersuara Lepas Nama Dimasukkan Dalam #Blockout2024

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gerakan #Blockout2024 yang bermula di luar negara ini turut memberi kesan kepada artis-artis tempatan apabila netizen di Malaysia mula menularkan senarai selebriti dan pempengaruh di media sosial yang kurang bersuara mengenai isu Palestin atau masih mempromosikan jenama yang dikaitkan Israel.

Tindakan untuk menyekat akaun-akaun media sosial artis dan pempengaruh ini telah membuatkan beberapa artis yang disenaraikan mula bersuara memberikan penjelasan mereka. Kalau korang nak tahu selebriti mana yang telah bersuara selepas nama mereka dimasukkan dalam senarai #Blockout2024, baca artikel dekat bawah ni.


Artikel berkaitan: #Blockout2024: Pergerakan Terbaru Ni Buat Ramai Selebriti A-List Diboikot, Artis M’sia Pun Terkesan!

Artikel berkaitan: Muncul Akaun Blockout 2024 Di Instagram, Senaraikan Selebriti Yang Patut ‘Follow’ & Diboikot

1. Daiyan Trisha

Selepas namanya dimasukkan ke dalam senarai #Blockout2024, pelakon Daiyan Trisha telah mengeluarkan kenyataan di akaun X. Daiyan mengatakan Allah lebih mengetahui caranya dalam menunjukkan solidariti terhadap Palestin dan dia juga tidak sesekali terlupa akan mereka yang melalui kesengsaraan di Palestin.

Bersama posting itu, Daiyan juga dilihat memuat naik bukti resit sumbangan derma yang diberikan terhadap beberapa NGO yang menyalurkan bantuan kepada mangsa peperangan di sana.

Setiap daripada derma tersebut bernilai RM25,000 yang mana kesemuanya jika dikumpulkan mencecah RM100,000.

Tak cukup dengan itu, Daiyan turut menegaskan yang dia tak pernah berhenti menyatakan sokongannya terhadap Palestin dan mengatakan bahawa dia telah membuat posting secara konsisten setiap bulan di Instagram peribadinya.

Pun begitu, ramai orang masih mempersoalkan Daiyan yang berterusan menayangkan jenama-jenama yang dikaitkan dengan Israel serta tindakannya menutup tarikh derma yang diberikan kepada Palestin.

2. Awal Ashaari & Scha Al-Yahya

Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya yang turut terpalit dalam gerakan #Blockout2024 ini turut bersuara. Menerusi Instagram, Awal mengatakan bahawa tindakan ini merupakan cubaan untuk memecahbelahkan selebriti dan seperti menabur pasir dalam periuk nasinya.

Screenshot 2024 05 14 145439 1

Screenshot 2024 05 14 145510 1

Manakala Scha melalui Instagram mengatakan yang sikap menanam kebencian ini tak patut berlaku hanya kerana seseorang itu tak sealiran dengan mereka.

Siapa kita untuk menjatuhkan hukum pada kehidupan dan rezeki seseorang? Jangan kita tanam kebencian dan sebar permusuhan yang kerana tidak sealiran dengan anda.

“Caci, maki dan hinaan itu adakah dihalalkan? Jangan lupa, dosa sesama manusia.”

3. Nadhir Nasar

Pelakon yang makin meningkat naik Nadhir Nasar turut disenaraikan sebagai selebriti yang perlu disekat ekoran mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Israel.

Menerusi penjelasan, Nadhir mengatakan bahawa kerjasama dengan jenama tersebut telah lama dibuat dan untuk membatalkan kontrak tersebut akan memberikan kesan yang buruk ke atas dirinya.

Nadhir bagaimana pun mengatakan yang dia akan mengambil maklum balas ini dengan serius dan pada masa yang sama akan terus menggunakan platformnya untuk mempromosikan perubahan sosial dan perkara-perkara yang positif.

Gnw40Jba8Aab3Cc 608X647 1 Gnw40Jcamaakeq 608X803 1 Gnw40Jeb0Aasakg 608X719 1

4. Mira Filzah

Nama turut dikaitkan dalam senarai #Blockout2024, Mira Filzah telah mengumpulkan bukti bahawa dia sering menggunakan platformnya untuk bercakap mengenai Palestin. Mira mengatakan, dia bukan “dan-dan” nak repost mengenai Palestin dan telah mula bercakap tentangnya sejak #Blockout2024 tular.

Mira turut meminta agar netizen menjaga pertuturan di media sosial dan tak perlu mengeluarkan kata-kata makian gara-gara gerakan ini.

Saya bercakap ini untuk semua. Just do whatever you wanna do, nak block just block, tapi tak payah sampai keluarkan kata kata yang tidak baik. Its #blockout bukan #makiout. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala.”

5. Dahlia Rizal

Screenshot 2023 10 17 At 12.39.37 Pm.png

Pempengaruh yang juga isteri kepada pelakon Imran Aqil, Dahlia Rizal turut mengeluarkan kenyataan melalui Instagram menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kontrak dengan jenama yang dikaitkan dengan Israel dan hanya menjadi model. Penglibatannya itu juga dikatakan telah dibuat sebelum Oktober 2023.

Dahlia turut memohon maaf sekiranya tindakan bekerjasama dengan produk tersebut dianggap kurang sensitif. Dia mengakui kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih tawaran kerja pada masa hadapan. Dahlia juga menegaskan akan terus menyokong rakyat Palestin dan menyebarkan kesedaran mengenai nasib mereka.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.