in

2 Tahun ‘Disenyapkan’, Ini Kronologi Kes R*gol Berkumpulan Cornell University Yang Cetuskan Kemarahan

Syaz Ft 2026 09 30T160355.750

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak pendakwaan negeri New York mengumumkan bakal membuka semula siasatan jenayah terhadap kes dakwaan rogol membabitkan seorang penuntut wanita di Cornell University yang dilaporkan berlaku pada tahun 2024.

Langkah itu diambil selepas mangsa, yang dirujuk sebagai Jane Doe dalam dokumen mahkamah, memfailkan saman sivil pada 16 September lalu berhubung insiden serangan seksual beramai-ramai di sebuah rumah persatuan pelajar (fraternity).


Pendakwa Raya Wilayah Tompkins, Matthew Van Houten mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel berkaitan: Dari Hantaran TikTok Ke Panggilan 911: Kronologi Pemb*nuhan Influencer Sara Gilson, Selepas ‘Expose’ Suami

Artikel berkaitan: Daripada Pengasas Gojek Ke Kerusi Pesalah, Ini Kronologi Kes Rasuah Nadiem Makarim Yang Buat Ramai Terkedu

“Sebaik sahaja kami menentukan pertuduhan yang sesuai, kes ini akan didakwa secara paling objektif dan saksama yang mungkin menerusi Juri Agung (Grand Jury),” kata Van Houten.

Diberikan dadah & diserang beramai-ramai

Berdasarkan dokumen saman sivil tersebut, Jane Doe mendakwa beliau menjadi mangsa serangan seksual oleh tujuh lelaki dari persatuan Chi Phi di kampus universiti berkenaan pada malam 19 Oktober 2024.

Menerusi dakwaan tersebut, mangsa menyatakan beliau diberikan dadah jenis ketamine dan dihidangkan minuman beralkohol sehingga berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tidak mampu memberikan kebenaran (consent). Kejadian itu kemudiannya dilaporkan kepada Polis Cornell University pada 8 November 2024.

Saman itu turut menyertakan bukti tangkap layar daripada kumpulan sembang Snapchat persatuan berkenaan, di mana beberapa ahli menggunakan bahasa kasar dan berunsur lucah mengenai potensi serangan seksual terhadap Jane Doe.

Pihak Pendakwa Raya Pertahan Keputusan Awal

Mengulas tindakan Pejabat Pendakwa Raya yang tidak meneruskan pertuduhan dua tahun lalu, Van Houten menjelaskan bahawa kenyataan bertulis awal yang diberikan oleh Jane Doe pada November 2024 tidak memenuhi ambang undang-undang untuk pendakwaan jenayah.

“Kenyataan bersumpah Jane Doe pada November 2024 tidak mendakwa beliau diberikan dadah di luar kerelaan atau dirogol beramai-ramai.

Sebaliknya, kenyataan awal itu menggambarkan penyertaannya dalam penggunaan dadah dan tingkah laku seksual adalah secara sukarela dan sedar,” jelas Van Houten sambil mengakui mangsa trauma memerlukan masa bertahun-tahun untuk memproses kejadian sebenar.

Peguam kepada Jane Doe, Thomas Giuffra bagaimanapun menepis dakwaan berkenaan dan menegaskan anak guamnya berada dalam fasa trauma berat (self-preservation mode) sejurus selepas kejadian.

“Beliau mengalami trauma mendalam dan tidak mampu berfungsi dengan baik. Pihak berkuasa sepatutnya menyoal siasat beliau berulang kali dan mengumpul bukti dengan lebih mendalam,” bidas Giuffra.

Pertikaian Tindakan Pihak Universiti

Saman sivil tersebut turut mendakwa Cornell University gagal melindungi mangsa serta hanya mengenakan hukuman ringan seperti mengarahkan pelaku menulis esei—dakwaan yang dinafikan keras oleh pihak pentadbiran universiti.

Cornell University dalam kenyataan balas menegaskan bahawa panel khas telah mengendalikan kes berkenaan di bawah Title IX dan mengenakan tindakan tegas termasuk penggantungan serta pemecatan (expulsion) penuntut yang terlibat. Pihak universiti turut mengesahkan pendaftaran cawangan persatuan Chi Phi di kampus berkenaan kekal dibatalkan sehingga kini.

Kes ini kini mendapat perhatian meluas di seluruh Amerika Syarikat. Beberapa tokoh berpengaruh seperti pelakon Florence Pugh dan ahli politik Alexandria Ocasio-Cortez turut menyuarakan sokongan terbuka terhadap mangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Florence Pugh (@florencepugh)

Susulan desakan awam, Datuk Bandar Ithaca telah menggantung sementara semua permit acara pelajar di kawasan berkenaan sehingga universiti mengemaskini protokol pencegahan jenayah seksual di kampus.

Pendengaran awal bagi kes saman sivil ini dijadualkan berlangsung di mahkamah Manhattan pada 23 Oktober depan.

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.