in

Muncul Akaun Blockout 2024 Di Instagram, Senaraikan Selebriti Yang Patut ‘Follow’ & Diboikot

Blockout Malaysia Seleb

Semakin hari, semakin ramai yang memperkatakan mengenai Gerakan Blockout 2024 yang merupakan salah satu cara dalam menunjukkan sokongan terhadap Palestin dengan memboikot selebriti dan influencer yang tidak bersuara mengenai kekejaman zionis.

Kempen tersebut juga telah dijalankan di Malaysia, yang mana segelintir selebriti di negara ini juga sudah terkena ‘tempiasnya’ apabila mereka telah diboikot kerana mempromosi jenama yang dikaitkan dengan Israel.

Artikel berkaitan: “Jika ini sebahagian cara untuk blockout” – Naim Daniel Templak Netizen Yang Hina Melampau

Artikel berkaitan: Tersenarai Dalam Blockout 2024, Daiyan Trisha Pertahan Diri Tunjuk Sumbangan RM100,000 Kepada Palestin

Akaun IG Blockout 2024 Malaysia papar artis yang patut diboikot 

Pun begitu, terbaru, muncul pula akaun Instagram yang dikaitkan dengan kempen berkenaan yang bertujuan untuk memberi informasi mengenai artis-artis tempatan yang patut diboikot dek kerana tindakan mereka mempromosi produk yang dikatakan memberi sumbangan kepada tentera zionis.

Antara nama-nama yang tersenarai dalam list boikot di Instagram tersebut termasuklah Ayda Jebat, Mawar Rashid, Nabil, Intan Najuwa, Ruhainies dan ramai lagi.

Blockout 2

Manakala selebriti seperti Nur Fazura, Yuna, Daiyan Trisha, Nadia Brian, Haneesya Hanee dan beberapa lagi pula dikategorikan sebagai artis yang patut diikuti netizen kerana menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Palestin 1

Akaun IG ini juga difahamkan mengikut akaun IG asal daripada luar negara iaitu Block Out Now yang menyenaraikan artis-artis luar negara yang patut diboikot di atas sebab berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by blockoutNOW (@blockoutnow)

Sehingga setakat ini, genosid yang berlaku di Palestin ini telah mengorbankan lebih 30,000 orang sejak pertempuran yang berlaku pada 7 Oktober lalu.

Sumber: Instagram