Seorang pengantin lelaki yang dikenali sebagai Yunus ditangkap polis atas kesalahan mencuri di kedai runcit yang terletak di Meruyong, Limo, Depok, Jawa Barat, Indonesia selepas mengakui kesalahan mencuri dengan alasan ingin mencari modal untuk nikah.
Menurut sumber, dalam kejadian yang dikatakan berlaku pada 10 Julai lalu itu, Yunus memecah masuk sebuah premis kedai di Meruyung, Limo sebelum ditangkap polis dan kini sedang diidakwa menguikut Seksyen 476 Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023.
Artikel berkaitan : Gambar Kahwin Tular, Roberto Carlos Didakwa Peluk Islam Lepas Bernikah Bulan Lalu
Artikel berkaitan : Jakim & JAIN Tidak Pernah Lantik Majlis Ulama R*hingnya Urus Pernikahan
“Yunus merupakan salah seorang suspek dalam kes di bawah Seksyen 476, iaitu kes kecurian di sebuah premis kedai. Mangsa mengalami kerugian kira-kira Rp5 juta (lebuh kurang RM 1,160). Kemudian, kami menahan Yunus dan mengambil tindakan undang-undang mengikut peruntukan yang berkuat kuasa.”

Minggu lalu, semasa disoal siasat, Yunus memberitahu bahawa tujuan dia berkelakuan demikian adalah untuk berkahwin dengan kekasihnya. Dia mendakwa mencuri kerana mahu mengumpul wang sebagai modal untuk menikah.

Berikutan itu, keluarga Yunus berurusan dengan dengan pejabat agama dan dibantu oleh pihak polis untuk menyediakan segala tempat yang sesuai dan persiapan urusan tersebut di dalam balai polis selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak keluarga. Difahamkan pihak polis siap menyediakan segala kelengkapan majlis termasuklah makanan ringan.
Sumber : Detik News
