Korang perasan tak #Blockout2024 sekarang tengah trending di media sosial? Apa sebenarnya benda ni dan dari mana ia datang?
Awal minggu lalu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah mula menyerang Rafah iaitu salah satu tempat terakhir rakyat Palestin mendapatkan perlindungan di Palestin. Malah, sejak 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 34,971 orang telah dibunuh di Gaza dan ekoran penutupan persimpangan Rafah dan Kerem Shalom, masalah kekurangan makanan makin kritikal di sana.
Sementara itu, di Hollywood, selebriti-selebriti besar telah berkumpul bersama-sama sambil menggayakan tema Garden of Time di New York bagi acara Met Gala. Sikap selebriti-selebriti besar ini telah menyebabkan ramai yang marah dengan tindakan mereka menghadiri acara seperti ini sambil menunjukkan kemewahan sementara orang-orang di Palestin di Rafah sedang dibedil dengan peluru dan bom.
Artikel berkaitan: Respect! Macklemore Buat Lagu Sokong Palestin, Ini Semua Yang Korang Kena Tahu Tentang ‘Hind’s Hall’
Artikel berkaitan: “Maaf atas kekhilafan” – Nadhir Nasar Beri Penjelasan Susulan Nama Disenarai Dalam Gerakan Boikot Artis
Apa itu gerakan #Blockout2024?
PLEASE WATCH THIS VIDEO.#blockout2024 is a movement where we collectively block the celebrities/influencers who have refused to use their platforms for people in need. their silence has consequences, and it will only be effective if we mass-block them. pic.twitter.com/2cjAJX0p3S
— jude 🍉 (@literarycore) May 9, 2024
Baru-baru ini, pengguna TikTok telah melancarkan trend #Blockout2024 sebagai respon kepada Met Gala yang diadakan pada Isnin lalu. Gerakan ini bertujuan untuk menyekat selebriti-selebriti yang tidak menggunakan platform mereka untuk bercakap mengenai apa yang berlaku krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.
Tujuan #Blockout2024 ini dibuat adalah supaya selebriti-selebriti yang tidak bercakap tentang perang yang berlaku di Gaza serta isu-isu sosial lain tidak boleh mendapatkan keuntungan dari iklan di platform media sosial mereka.
Sebelum ini, satu acara besar yang mengumpulkan selebriti-selebriti terkenal telah dibuat pada Mac lalu di Oscar, namun acara tersebut tidak mendapat kritikan seperti ini ekoran terdapat beberapa selebriti yang telah menyuarakan sokongan mereka melalui Artists4Ceasefire, meminta gencatan senjata Israel ke atas Gaza.
Namun Met Gala hanya menunjukkan selebriti yang hanya menayangkan kemewahan mereka disebalik fesyen-fesyen baju sehinggakan perbualan mengenai acara itu hanya berkisar tentang perkara itu sahaja.
Ramai pengguna turut membuat perbandingan tentang apa yang berlaku di Gaza dengan filem The Hunger Games di mana Met Gala dilihat sebagai Capitol manakala Gaza pula merupakan arena tempat orang terpaksa berjuang bermati-matian.
Kita sekat meraka sampai mereka sokong Palestin. Kita kawal duit mereka. Duit mereka adalah data dan perhatian dari kita.”
Sebelum ini, memang dah ramai selebriti yang diboikot kerana gagal menggunakan platform mereka untuk bersuara mengenai krisis yang berlaku ini. Namun begitu, selepas Met Gala, usaha ini telah dijalankan secara besar-besaran dan netizen mula berkongsi senarai nama selebriti yang perlu disekat di pelbagai platform media sosial termasuk X.
Menurut seorang pembantu profesor di Universiti Michigan Marcus Collins, gerakan untuk menyekat selebriti memang dah wujud sejak tahun lalu namun ia tak mendapat banyak perhatian. Tapi selepas Met Gala diadakan dan pada hari yang sama berlakunya serangan ke atas Rafah, perkara ini telah membuatkan ramai yang bercakap mengenainya.
Siapa artis yang tersenarai dalam #Blockout2024?
Ekoran dari #Blockout2024 ini, ramai selebriti A-list antarabangsa dan pempengaruh terbesar telah terkesan dengan perkara ini. Gerakan ini telah membuatkan mereka kehilangan banyak pengikut-pengikut di Instagram. Malah, terdapat satu video menunjukkan Instagram selebriti seperti Kim Kardashian dan Taylor Swift jatuh merundum.
The movement is gaining steam, keep going! #blockout2024
Block @taylorswift13 pic.twitter.com/6RGA3ZZ0lD— Free Palestine (@WildernessWypt) May 10, 2024
Antara selebriti yang telah termasuk dalam senarai #Blocklist2024 termasuklah Kim Kardashian, Taylor Swift, Beyonce, Kylie Jenner, Zendaya, Miley Cyrus, Selena Gomez, Khloe Kardashian, Arian Grande, Doja Cat, Demi Lovato, Lizzo, Nicki Minaj, Travis Scott, Kanye West, Katy Perry, Zac Efron, Joe Jonas, Nick Jonas, Kevin Jonas, Justin Timberlake dan ramai lagi.
CELEBRITY BLOCK LIST#blockout2024 pic.twitter.com/3tKhxVe5vm
— Sulaiman Ahmed (@ShaykhSulaiman) May 12, 2024
Selain itu, selebriti K-pop turut terkesan dengan gerakan ini di mana, peminat-peminat K-pop sendiri telah meletakkan keutamaan mereka dengan mengutamakan isu kemanusiaan berbanding mengikuti selebriti kegemaran mereka.
Antaranya termasuklah BLACKPINK, BTS, Bigbang, Boy Next Door, iKON, 2PM, Aespa, Girl’s Day, Super Junior, Twice, TXT, Seventeen, Shinee dan ramai lagi.
Même la liste #KPOP idols/music #blockoutfrance#BlockCelebrities#Blockchain#FreePalestine#BLOCKOUT2024 pic.twitter.com/lQb4RK1mhn
— 🔻zina🇵🇸ⵣ🇩🇿 (@zina95_94) May 12, 2024
Selebriti Malaysia pun terkesan dengan #Blockout2024?
Selain Hollywood dan K-pop, artis-artis di Malaysia juga turut terkesan dengan gerakan ini apabila satu senarai artis dan pempengaruh telah tular di X Malaysia memanggil orang ramai untuk memboikot selebriti yang dikatakan telah menggunakan jenama-jenama yang menyumbang kepada Israel.
Antara artis dan pempengaruh yang tersenarai termasuklah Dahlia Rizal, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Ameera Khan, Sheila Rusly, Mira Filzah, Azfarheri dan ramai lagi.
Good luck ye sobat2 pic.twitter.com/Z5xj3XfEjP
— Na-luna (@hyu_lur) May 12, 2024
Namun begitu, ada yang tak bersetuju dengan senarai #Blockout2024 untuk Malaysia ini. Ini kerana, sekatan ini lebih efektif kepada selebriti A-List ekoran kebanyakan dari mereka adalah berasal dari Amerika Syarikat iaitu negara yang menjadi penyokong kuat serangan Israel kepada Palestin.
Selain itu, ramai artis-artis di Malaysia terutamanya yang termasuk dalam senarai-senarai dekat atas ini tak pernah berhenti bersuara tentang Palestin walaupun masih mempromosikan barang-barang dari jenama yang menyokong Israel ekoran terikat dengan kontrak.
Jadi, kalau korang nak join gerakan #Blockout2024 ni, kenalah jadi bijak dan utamakan artis-artis luar yang terang-terangan menyokong Israel dan tak bercakap langsung mengenai apa yang berlaku di Palestin sekarang.
Sumber: The Daily Star