in

“24 jam kemudian saya rasa hebat” – Trump Anggap Coronavirus merupakan ‘Rahmat Tuhan’ & Ada Jumpa Penawar

0 Sdc Mdg Donald Trump 8782Jpg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

President Amerika Syarikat, Donald Trump mengatakan bahawa coronavirus itu merupakan satu ‘rahmat dari Tuhan’ dan mendakwa bahawa dirinya telah ‘disembuhkan’ dalam beberapa hari sahaja.


Dalam video berdurasi 5 minit yang disiarkan di Twitter, Presiden AS itu mengatakan bahawa dia telah mengambil sejumlah ubat terapi semasa waktunya di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed, ia telah membuat dirinya merasa “begitu baik”.

Dia dibebaskan dalam masa hanya tiga hari setelah dimasukkan pada hari Jumaat dan mengatakan setelah mengambil koktail antibodi eksperimen Regeneron REGN-COV2 – atas cadangannya sendiri – dia merasa lebih baik dalam masa 24 jam. Lapor Mirror Online.

 

Saya masuk dan saya tidak merasa begitu panas dan dalam masa yang sangat singkat mereka memberi saya Regeneron. Saya rasa ini adalah kuncinya. Mereka memberi saya Regeneron dan seperti sukar dipercayai bahawa saya segera merasa baik.”

Merujuk kepada ubat-ubatan yang diberikannya, Trump berkata:

“Mereka akan mengatakan bahawa ia adalah terapi dan saya juga rasa ia adalah terapi, orang luar tidak tahu bagaimana menentukan terapi. Saya melihatnya dari sudut berbeza, bagi saya itu adalah penyembuhan. Masa saya masuk, saya tidak merasa sihat, 24 jam kemudian saya merasa hebat dan saya mahu keluar dari hospital .”

“Dan itulah yang saya mahukan untuk semua orang. Saya mahu semua orang diberi layanan yang sama dengan presiden anda kerana saya merasa hebat, saya merasa sempurna.”

Dalam kenyataan menerusi sebuah video yang dikongsiikan menerusi laman Twitter rasminya itu, dia yang dilihat tidak memakai topeng walaupun masih belum disahkan negatif Covid-19 menyatakan bahawa…

 

Saya rasa ini adalah berkat dari Tuhan yang saya dapat.”

“Ini adalah rahmat. Bila saya mendengar tentang ubat ini, saya berkata biarkan saya mengambilnya, itu adalah cadangan saya … dan sungguh luar biasa cara ia berfungsi.”

Trump juga mengatakan bahawa dia akan memastikan orang Amerika yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan coronavirus akan mendapat terapi yang berkesan dan  “lebih penting daripada vaksin”, seperti yang dinyatakan dalam video diatas.

Sejak Presiden itu dibebaskan dari hospital, stok Regeneron telah meningkat dengan mendadak.

 

Baca : “Tak pasal-pasal berjangkit pula – 18 ‘Pengiring’ Donald Trump Dilapor Positif Covid-19

Trump

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.