in

2 Remaja Mati Dalam Kereta, Ini Penjelasan Kenapa Nafas Terjejas Tidur Dengan Aircond Terbuka

Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian mengejutkan berlaku di Kampung Jaya Baru, Kinabatangan apabila penduduknya menjumpai dua remaja lelaki yang ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi putih pagi semalam (10 Oktober).


43663953 1050280208513759 2236978109180018688 N
sumber: facebook
43569406 2148102028535776 7710855391822741504 N
sumber: facebook

 

Enjin masih hidup ketika mayat ditemui

Menurut Astro AWANI, mangsa iaitu Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad yang kedua-duanya berusia 19 tahun ditemui mati di kerusi hadapan kereta yang diparkir tepi jalan raya kampung.

“Enjin kereta masih hidup dan terdapat dua lelaki di bangku hadapan dalam keadaan berbaring (tidur).

“Setelah diketuk cermin dan pintu kenderaan, kedua dua lelaki tersebut langsung tidak bergerak,” kata Ketua Polis Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat.

43750635 1050280295180417 9216308129912848384 N
sumber: facebook
43590380 1050280335180413 599503393580384256 N
sumber: facebook

Lebih mengejutkan juga, setelah diperiksa polis, tiada kecederaan luaran yang ditemui pada kedua-dua mangsa. Mereka juga telah disahkan mati di dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan.

 

Ini 8 aspek mengapa pernafasan kita terjejas jika tidur sambil aircond kereta terbuka

Susulan itu, netizen mula buat andaian kemungkinan besar kematian ni dikaitkan dengan tersedut gas karbon dari aircond secara berlebihan. Sebelum ni pun ada banyak kes yang melibatkan mangsa mati dengan cara yang sama.

Berikut perkongsian di Facebook untuk elak korang tersedut gas karbon berlebihan dalam kereta: 

1. Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.

2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen makin berkurang.

3. Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tak bangun & tidak keluar dari kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkan diri.

4. Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tak sedarkan diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah tak dapat dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian

5. Apabila kereta bergerak okey sahaja kerana semasa kereta bergerak, oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin bukan hanya oksigen yang sama circulate (dalam kereta).

6. Jika nak rehat macam tu mmg boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

7. Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yg masuk ke dlm kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas, tak salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

8. Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab semata-mataa kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter & dilepaskan oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkan kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.

Sebarkan info ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Ramai yang masih tak alert dengan bahaya tidur di dalam kereta dalam keadaan cermin tertutup dan aircond terbuka. Take note ye semua! 

Dalam pada tu, mayat kedua mangsa tadi akan dibedah siasat pada jam 9 pagi ini.

Baca: “Takde sesiapa panggil ambulans!” – Lelaki Dilanggar Kereta Di KL Mati Sebab Tak Dapat Pertolongan

Ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.