in

1,800 Kelab Malam di KL Akan Diserbu Bermula 21 April 2018, Tak Ada Yang Akan Terlepas!

Sok

Walaupun majoriti rakyat negara kita beragama Islam, banyak sebenarnya night clubs kat Malaysia. Pusat hiburan di KL ni sangat besar jumlahnya dan ada orang kata certain kelab malam tak akan kena serbuan polis.

Menurut FMT, 400 kumpulan terdiri daripada pegawai kerajaan dan aktivis sudah ditubuhkan untuk membantu serbuan ke atas kelab-kelab malam di ibu kota bermula semalam. Dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH), pihak berkuasa memaklumkan yang tiada kelab malam yang akan terlepas. Fuh!

30716592 1810604338992030 3412656257486553088 O

31124698 1810604385658692 3647226239954976768 O
sumber: facebook

1,800 kelab malam akan diserbu

Penyelaras Op BAH Azman Mahmood menyatakan bahawa 1,800 pusat hiburan di ibu kota berada dalam pantauan dan mereka akan menyerbu semua kelab-kelab tersebut. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pendaftaran lesen tak sepadan dengan jenis perniagaan.

“Selain itu, premis berkenaan didapati gagal mempamerkan nama dan nombor pendaftaran syarikat pada resit yang dikeluarkan kepada pelanggan,” kata Azman.

Pelanggan kelab didapati positif dadah

Lepas buat serbuan di sebuah pusat hiburan terbesar di ibu negara kat Jalan Tun Razak, pemeriksaan terhadap 75 pelanggan premis mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

Zouk
sumber: facebook

Tiada istilah ‘kebal’ dari serbuan polis

Dalam operasi disertai 405 pegawai dan anggota penguat kuasa ni, Azman menegaskan tidak ada kelab malam atau pusat hiburan yang akan terkecuali. Walaupun ada mulut-mulut yang mengatakan sesetengah kelab malam terkecuali daripada tindakan undang-undang, operasi ni tunjukkan yang tu semua tak betul.

“Salah tetap salah, tindakan tetap akan diambil. Istilah kebal memang tidak ada.”

Dalam serbuan yang dah dibuat, 10 orang individu diperintah hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan kesalahan minum minuman keras mengikut Seksyen 43 dan 50 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

30762908 1810604282325369 1627785685991686144 O
sumber: facebook

Haaa siapa yang kata ada kelab ‘kebal’? Semua kena tau! Bagi korang yang suka berhibur, pastikan bersuka ria secara sihat di tempat yang selamat ye!

Baca: Dua Pegawai Polis Beri Dadah dan Rogol Gadis Muda di Kelab Malam di Cheras

Zzza