in

Pesara TNB Berusia 64 Tahun Jadi Warga Malaysia Tertua Takluk Gunung Everest

Pesara Tnb Berusia 64 Tahun Jadi Warga Malaysia Tertua Takluk Gunung Everest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mempunyai kemahuan dan motivasi yang tinggi pasti tidak akan membiarkan impian mereka terkubur walaupun telah berusia.



Pada 12 Mei lepas, N. Elanghovan telah mencipta sejarah menjadi warga Malaysia tertua yang berjaya menjejakkan diri di ‘punck dunia’ iaitu Gunung Everest.

Untitled Design 2022 06 27T124323.749

Bagi pesara Tenaga Nasional Berhad berusia 64 tahun itu, ia adalah sebuah kejayaan kerana dia telah menetapkan matlamat untuk mendaki gunung tertinggi di dunia selepas menjejakkan kaki di Kem Pangkalan Everest pada 2014.

“Berdiri di puncak dunia sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Ia benar-benar perasaan ‘on-top-of-the-world’ untuk merealisasikan impian saya. Segala kerja keras dan pengorbanan yang saya lakukan membuahkan hasil,” katanya.

Dalam laporan New Straits Time, Elanghovan mengemukakan permohonan agar pencapaiannya dimasukkan dalam Malaysia’s Book of Record (MBOR) dan pada 21 Jun, MBOR memaklumkan bahawa panel hakimnya telah memberi green light untuk disenaraikan sebagai rakyat Malaysia tertua mendaki Gunung Everest.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh Allahyarham Idris Said daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang merupakan ahli ekspedisi Persatuan Kembara Negara (PKN) Everest pada 2007 dan mencapai kejayaan itu pada usia 52 tahun.

Tahniah!

Baca: Malaysia Kedua Terpantas Di Dunia Dalam Kelajuan Muat Turun 5G!

Malaysia 5G Terpantas Kelajuan

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.