‘Biasalah driver Malaysia’ – Wanita Keguguran Lambat Tiba Hospital Kerana Kereta Tak Beri Laluan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sebagai seorang pemandu, kita memang sudah sedia maklum bahawa lorong kecemasan adalah untuk kegunaan kecemasan sahaja dan sekiranya bunyi siren kedengaran dari jauh, pemandu perlulah bersiap sedia untuk memberikan laluan.

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi di akaun Facebook miliknya mengatakan bahawa dia telah keguguran bayinya selepas terasa kesakitan luar biasa pada kandungannya dan menceritakan pengalamannya bergegas memandu ke hospital bersendirian.

Nani Sabri berkongsi di Facebook memberitahu bahawa bayi di dalam kandungannya itu tidak lagi mempunyai degupan jantung dan telah pergi selama-lamanya. Katanya, dia redha dan hanya kuat memikirkan bahawa anaknya itu akan menantinya di syurga.



Sumber: Facebook

Di dalam entri yang sama, Nani berterima kasih kepada polis trafik yang bertugas di Jalan Dato Kumbar pada hari kejadian. Hal ini adalah kerana ketika dia sedang memandu dalam kesakitan ke hospital, tiada sesiapa yang memberinya laluan walaupun telah memberikan double signal.

Dia bernasib baik kerana terserempak dengan polis trafik berkenaan yang membantu escort dan melancarkan perjalanannya ke PMC. Nani juga telah memuat naik sebuah video yang dirakam ketika dibantu oleh polis trafik itu.

Di dalam rakaman video itu, dapat dilihat walaupun dengan bantuan polis trafik dan membuat double signal, masih ada pemandu yang enggan memberikan laluan kepadanya. Hal ini membuatkan ramai yang marah dan kesal dengan pemandu di Malaysia yang lambat bertindak di saat kecemasan begini.

Sumber: Cari

Selain itu, ramai juga yang merasionalkan bahawa terlalu ramai pemandu di Malaysia yang menggunakan double signal sesuka hati walaupun tiada kecemasan sehingga menyebabkan pemandu lain susah untuk percaya apabila betul-betul berlaku kecemasan.

Sumber: Cari

Jadi, adalah penting untuk pemandu supaya lebih prihatin dengan hal ini. Ini bukan kali pertama berlaku kes kehilangan nyawa disebabkan sikap pemandu Malaysia yang tidak prihatin untuk memberikan laluan. Betul, ini semua adalah takdir, tetapi siapa tahu, jika ibu itu sampai ke hospital lebih awal, bayi dalam kandungan mungkin boleh diselamatkan.



Takziah diucapkan kepada Nani dan keluarga.

Baca: Mat Rempit Belasah Pemandu Ambulans Dan Tendang Jururawat Hanya Kerana Ditegur Untuk Beri Laluan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.