Kalau kita tinjau situasi di media sosial, boleh dikatakan terlalu banyak posting dan artikel yang menyentuh isu perpaduan di Malaysia yang katanya makin lama makin memburuk. Bangsa ini bergaduh dengan bangsa itu dan tuduh menuduh antara satu sama lain. Sangat menakutkan!
Namun realitinya bila kita di luar sana, perkara macam ni jarang sekali berlaku. Menerusi perkongsian di Twitter, seorang lelaki menyatakan rasa terhutang budinya kepada seorang lelaki berbangsa India kerana lelaki tersebut telah membantu adiknya yang kemalangan.
“Aku nak ucapkan ribuan terima kasih dekat seorang Indian boy nama Thiban”
Menurut Taufik, baru-baru ni adik lelakinya telah ditimpa kemalangan dekat Subang Jaya sekitar jam 5 pagi.
Apa yang menyentuh hatinya ialah ketika kejadian tu berlaku ada seorang ‘Indian boy’ datang membantu adiknya siap tunggu adiknya sampai ambulans datang dan tolong simpan motor mangsa di rumahnya. Uish baiknya hati dia…
Ni adik aku selepas terima rawatan. Alhamdulillah takde patah pape, cuma luka je. pic.twitter.com/poUYtNTDH4
— ????Taufik Zainuddin (@TfikZainuddin) January 21, 2020
“Aku terhutang budi sangat2 kat Thiban ni”
Tambah Taufik lagi, dia terasa sangat terhutang budi budak bernama Thiban ni atas apa yang telah dilakukannya. Sikap Thiban ni melambangkan sikap rakyat Malaysia yang ‘sebenar’.
Terima kasih semua atas ucapan dan doa. Semoga tuhan merahmati kalian semua. We should spread more love than hate. This Thiban was a real hero!!!✌?
— ????Taufik Zainuddin (@TfikZainuddin) January 21, 2020
“Inilah semangat kita nak di Malaysia yang kita cintai”
Rata-rata netizen yang membaca kisah ini juga berasa terharu dan berbangga dengan sikap yang ditonjolkan Thiban ni. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya letakkan isu perkauman ke tepi dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan tanpa kira bangsa dan agama.

Mari kita jadikan sikap Thiban sebagai contoh buat semua!